PENGGUNAAN EV MASIH RENDAH DI MALAYSIA, PERLUKAN INSENTIF LEBIH MENARIK
Malaysia sedang merangka perancangan untuk mempercepatkan penggunaaan kenderaan elektrik (EV) di mana Bajet 2023 dijangka akan disemak semula pada 24 Februari. Menurut laporan RHB Research, tahap penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia masih lagi rendah.
Menerusi kenyataan RHB Research, Bajet 2023 berkemungkinan akan memberi insentif untuk menarik pengeluar EV memasang kenderaan mereka di Malaysia. Sekali gus boleh dijual ke pasaran tempatan dan menambah ppilihan EV.
Faktor lain yang boleh diambil kira adalah memberikan tempoh bebas cukai yang lebih panjang. Ini akan membantu lebih ramai pembeli untuk membeli kenderaan elektrik.

Terdahulu, Bajet 2023 di bawah kerajaan sebelum ini hanya melanjutkan pengecualian cukai import dan duti eksais untuk EV selama setahun hingga akhir 2024.
Meskipun BYD Atto 3 telah menerima kira-kira 1,500 tempahan dalam tempoh sebulan selepas dilancarkan, tetapi dari segi penerimaan secara keseluruhan, ia masih di tahap rendah dan lemah. Hingga kini, model EV seperti BMW iX, Hyundai IONIQ 5, Kia EV6, Mazda MX-30 masih mempunyai stok tersedia.
Walaupun lebih banyak jenama mampu milik seperti Lingbox akan memasuki pasaran, RHB Research berkata halangan tertentu terhadap penggunaan EV masih wujud kerana ramai pengguna mendapati EV sedia ada terlalu mahal, berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman.
Faktor lain kenapa pertumbuhan EV masih lemah ialah infrastruktur pengecasan yang tidak mencukupi. Pengguna juga tidak biasa dengan tempoh pengecasan yang lama dari sekitar 30 minit hingga lebih lapan jam.
Satu lagi perkara penting ialah syarikat kereta pada masa ini kurang berminat untuk melaksanakan reformasi duti eksais yang dijadualkan pada 2023. Keadaan diburukkan lagi dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.
“Memandangkan kerajaan baharu sedang berusaha untuk menangani krisis kos sara hidup, kami berpendapat melaksanakan pembaharuan duti eksais mungkin membawa kepada langkah mundur dalam mencapai objektifnya,” kata firma penyelidikan itu.
Menurut Persatuan Automotif Malaysia, polisi itu berkemungkinan akan menaikkan harga kereta sebanyak 8 peratus hingga 20 peratus.
“Kami menjangkakan jualan kereta 2023 akan berkurangan berbanding tahun lepas berikutan kekurangan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan serta harga kereta yang lebih tinggi,” tambahnya. – The Star
- BACA: LINGBOX MINI EV BAKAL BERADA DI PASARAN MALAYSIA. 41HP, 220KM SEKALI CAJ, HARGA BAWAH RM100K
- BACA: AUDI CHARGING HUB NUREMBERG. FASILITI PENGECASAN EV URBAN PREMIUM UNTUK SEMUA. BOLEH KE NAK BUAT KONSEP SAMA DI MALAYSIA?
- BACA: HONDA MALAYSIA SERAH CIVIC e:HEV RS KEPADA PELANGGAN PERTAMA. TERIMA AKSESORI DAN BARANGAN RASMI BERNILAI RM4,000
- BACA: MALAYSIA MOTOR EXPO 2022. SAKSIKAN MODEL TERBAHARU, KERETA MODIFIKASI DAN EV MAMPU MILIK!







