Buletin

ALFA ROMEO CARABINIERI GIULIA ‘KEBAL’ PELURU

Pengeluar kenderaan, Alfa Romeo cukup sinonim dengan pasukan polis Itali (Carabinieri) apabila membekalkan jentera kepada badan beruniform terbabit sejak tahun 1951.

Model 1900 M Matta merupakan jentera pertama yang menjadi aset Carabinieri diikuti 1900 Sedan pada tahun 1952.

Sepanjang beberapa tahun lalu, pelbagai model digunakan pihak berkuasa terbabit termasuk 90, 75, 155 dan 159.

Terbaharu, Alfa Romeo membekalkan model Giulia berperisai yang bakal digunakan seluruh stesen Carabinieri di negara terbabit.

Model terbaharu itu dilengkapi cermin hadapan berperisai B4, cermin pintu hadapan dan belakang kalis peluru.

Selain itu, modifikasi lain didatangkan Giulia tersebut merupakan perlindungan pada tangki petrol, pemegang senjata dan baton polis, jaket kalis peluru di dalam kokpit, sistem komunikasi radio, sel penjenayah serta lampu LED pada cermin sisi.

Jentera yang mendapat sentuhan warna rasmi Carabinieri itu mendapat khidmat enjin 2.0 liter mampu menjana kuasa 200 hp dipadankan transmisi automatik lapan kelajuan.

Pasukan Carabinieri pernah menerima Giulia padu pada tahun 2016 iaitu Giulia QV yang dilengkapi enjin 2.9 liter turbo berkembar V6.

Ia mampu menghasilkan kuasa mencecah 503 hp dan memecut 0-100 km/j dalam tempoh 3.9 saat. -carscoops

Google ads
Back to top button