ALFA ROMEO GIULIA GTA/GTAm. JENTERA LUMBA YANG HALAL DI ATAS JALAN RAYA BIASA
Jenama dari Itali, Alfa Romeo sememangnya mempunyai peminat tersendiri di Malaysia. Tampil dengan kemas kini mengikut kehendak pasaran, Alfa Romeo memperkenalkan 2 varian baru bagi jentera sports sedan mereka.
Varian edisi terhad itu dikenali sebagai GTA dan GTAM. Varian itu juga merupakan jentera berprestasi tinggi bagi siri Quadrifoglio. Imej ikonik GTA (Gran Turismo Alleggerita) masih terdapat pada kedua-dua varian ini.
Secara asasnya, varian GTA dan GTAM adalah hasil adaptasi reka bentuk model Giulia GTA keluaran tahun 1965. Sementara Alfa Romeo 2021 pula adalah inspirasi konsep daripada Giulia Quadrifoglia.
Kedua-dua varian ini menggunakan enjin versi terkini V6 Bi-Turbo bersesaran 2.9 liter daripada Alfa Romeo. Enjin itu mampu menghasilkan 532 kuasa kuda dan memiliki kuasa 30hp lebih tinggi berbanding model Giulia Quadrifoglio.
Fokus jurutera Alfa Romeo adalah untuk meningkatkan kesan aerodinamik dan sistem pengendalian yang baik. Namun, matlamat utama mereka adalah untuk memperoleh weight to ratio yang cemerlang pada jentera Giulia GTA dan GTAM.
Teknologi daripada Formula 1 juga diaplikasikan pada jentera ini bagi mendapatkan kesan downforce pada tahap optimum. Ini termasuklah penggunaan skirting sisi, spoiler belakang dan splitter hadapan yang direka khas bagi mencapai tujuan itu.
Bagi sistem pengendalian pula, varian GTAM didatangkan dengan rim yang lebih lebar depan dan belakang, beserta set suspensi berprestasi tinggi. Atas faktor pengurangan berat kenderaan, material yang digunakan terhadap komponen jentera adalah seperti gentian karbon, titanium dan polycarbonate resin.
Semua material itu digunakan pada komponen-komponen seperti hud, spoiler, sistem ekzos dan bingkai tingkap.
Bagi menjadikannya lebih eksklusif, Alfa Romeo hanya akan menghasilkan 500 unit sahaja bagi kedua-dua model GTA dan GTAM. Semua unit itu akan didatangkan dengan nombor siri khas masing-masing.
- BACA: GROUPE PSA DAN FCA SETUJU BERGABUNG (PEUGEOT DAN ALFA ROMEO 1 BUMBUNG)
- BACA: ALFA ROMEO RACING LIMITED EDITION – SEDAN & SUV 520 HP, 600 NM!
- BACA: KEGILAAN SUV: ALFA ROMEO STELVIO QUADRIFOGLIO CATAT REKOD PERTAMA DI 3 LITAR
- BACA: ALFA ROMEO GIULIETTA SPRINT ZAGATO – TERBIAR SELAMA 35 TAHUN, DIJUAL PADA HARGA LEBIH RM2.6 JUTA
GALERI