Buletin

GROUPE PSA DAN FCA SETUJU BERGABUNG (PEUGEOT DAN ALFA ROMEO 1 BUMBUNG)

Fiat Chrysler Automobiles N.V. (FCA) dan Peugeot S.A. (Groupe PSA) pada 18 Disember 2019 menandatangani perjanjian gabungan 50/50 bagi mewujudkan pengeluar automotif OEM keempat terbesar dan ketiga terbesar di dunia.

Tiga lagi kumpulan automotif terbesar di dunia ialah Kumpulan Volkswagen, Renault-Nissan-Mitsubishi dan Toyota.

Gabungan ini akan menghimpunkan pelbagai jenama di bawah satu bumbung, dari segmen mewah Maserati sehingga produk massa seperti Peugeot dan Vauxhall.

Ringkasnya, gabungan ini mempunyai wakil dalam pelbagai segmen dari premium, kereta penumpang sehingga trak dan kenderaan komersial ringan.

Selain memayungi pelbagai jenama, gabungan PSA dan FCA akan mewujudkan keseimbangan di dua benua. FCA mempunyai kekuatan di Amerika Utara dan Amerika Latin manakala PSA pula di Eripah.

Dari segi pendapatan pula, 46 peratus datang dari Eropah dan 43 peratus dari Amerika berdasarkan prestasi pada 2018.Gabungan dua entiti ini akan membolehkan syarikat baharu membentuk semula strategi di benua lain.

Berikut ialah jangkaan prestasi apabila gabungan dua kumpulan menjadi realiti:

  • OEM keempat terbesar dunia dengan jualan sebanyak 8.7 juta unit dan pendapatan tiga terbesar berjumlah hampir €170 billion
  • Nilai sinergi dengan anggaran tahunan €3.7 billion. Aliran tunai juga dijangka positif bermula dari tahun pertama
  • Tiada kilang yang akan ditutup
  • Penyata imbangan kukuh dan kecairan yang tinggi akan memberikan kelebihan dari segi kewangan
  • Portfolio kenderaan yang luas dari jenama ikonik sehingga segmen produk massa
  • Gabungan syarikat yang melabur dalam teknologi tenaga baharu, pemanduan autonomi dan sambungan (connectivity)

Dari segi pengurusan, John Elkann dari FCA dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan manakala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pula diduduki oleh Carlos Tavares dari Groupe PSA.

FCA memiliki pelbagai jenama dibawahnya seperti Abarth, Alfa Romeo, Chrysler, Dodge, Fiat, Fiat Professional, Jeep®, Lancia, Ram dan Maserati dengan hampir 200,000 pekerja di serata dunia.

Mazda CX30

Groupe PSA mempunyai 210,000 pekerja di peringkat global dan memiliki lima jenama iaitu Peugeot, Citroën, DS, Opel dan Vauxhall.

Di negara kita, Groupe PSA mempunyai kerjasama dengan Kumpulan NAZA bagi pemasangan kenderaan termasuk program eksport ke luar negara.

Satu hubungan bisnes unik apabila jenama FCA iaitu Jeep® diwakili oleh DRB-Hicom manakala Maserati pula di bawah edaran Kumpulan NAZA.

Tags
Google ads
Back to top button