ALKISAH MARVIA 911 – JELMAAN PORSCHE
Kadang kala, harus diakui, kadang kala kekangan / halangan berupaya menjadikan kreativiti seseorang yang lebih luar biasa. Idamkan sebuah Kereta Sports seperti Porsche, tetapi poket pula tak berapa nak tebalkan. Asyik penuh dengan jerebu aja dalam poket. Jadi apa yang harus dibuat? Apatah lagi keadaan ketika itu yang mempunyai batas undang – undang mengatakan bawaha kereta CBU tidak dibenarkan di bawa masuk.
Maka, jalan penyelesaiannya kita buat sendirilah Kereta Sports tersebut. Dan itulah yang dilakukan oleh Marvi Affandi daripada perusahaan Indomobil. Asalnya beliau adalah pembuat kit badan fiberglass yang handal dan berpengkalan di Tangerang, Banten.
Lantas model jelmaan Porsche 911 dibina daripada model apa? Memang keliru dibuatnya. Tak terjangkau dek akal fikiran sebenarnya. Boleh jadi khurafat kalau tak kena gaya. Sang Pria Marvi telah memilih kereta daripada Mazda 323 untuk disumpah agar menyerupai sebuah Kereta Sports dari Jerman ini. Oh ya, suka untuk Brader Karrager kongsikan di Indonesia, ianya dijual dengan nama Mazda MR90 (Mobil Rakyat). Model ini hanya menggunakan enjin yang bersesaran 1400cc sahaja. Maka, usahlah diharapkan kelajuannya setara dengan Porsche. Memandangkan pengedar Mazda ketika itu, turut berada di bawah naungan Indomobil, maka sudah tentu sahaja urusannya menjadi lebih mudah. Tapi urusan ini sebetulnya masih tidak mendapat keizinan daripada pihak Mazda Corporation di Jepun. Cuma pandai – pandailah nak hidup kan.
Di awalnya,PT. Marvia Graha Motor yang turut bernaung di bawah Indomobil terlebih dahulu membuat beberapa model replika daripada model seperti Suzuki Carry 1000, Katana SJ410, Mazda 323 UC, serta Nissan Laurel. Menariknya, ada yang disumpah menjadi Marvia Roll Royce Silver Shadow II. Kira buat seronok – seronok ajalah waktu itu.
Dan kemudiannya pada tahun 1993 Indomobil telah memesan beberapa puluh unit panel indicator serta lampu – lampu yang ada pada model Porsche 911. Alasan yang diberikan cukup mudah, untuk mempelajari selok belok yang teknikal agar mudah sewaktu seandainya pihak Porsche bersedia untuk membuka kilang dengan kerjasama Indomobil di Indonesia kelak. Sekali dia order barang tu rupanya nak buat sendiri model replika. Bijak.
Dan produksi model Marvia 911 ini sempat jugalah menerima sehingga 50 unit. Siap boleh ditempah di Showroom Mazda lagi ok. Kata orang jual pun secara runcit – runcit aja. Itu pun terhenti dek kerana Mazda Motor Corporation mahu menyaman Indomobil kerana menggunakan chasis Mazda tanpa keizinan yang sah. Jikalau tidak, nescaya lebih banyak Marvia 911 ini boleh dijual. Pergi Pusat Membeli Belah guna Vallet Parking. Orang bukan tahu pun guna enjin lemau aja pun kan.
Dan tahukah bahawa, diantara pemiliknya adalah selebriti terkemuka Indonesia, Andre Taulany. Nampak lawa juga bila dah tukar ke warna biru ni kan. Kalau Abang Jakpor tengok bergetar rusuk kiri kanan beliau. Beliau merupakan peminat tegar Porsche. Kereta Porsche Abang Jakpor ada sampai lapan belas biji. Bersepah. Terpaksa pinjam parkir jiran.
Kredit Foto : IG Andre Taulany & Oscar Soeryanto
BACA : QIFENG K7 – SEBUAH LAGI LSEV KLON YANG BOLEH TAHAN
BACA : PORSCHE PERTAMA SENTUHAN RAUH BEGRIFF (RWB) UNTUK DJUAL