Buletin

ANDREAS MIKKELSEN YAKIN UNTUK MENANG DI CENTRAL EUROPEAN RALLY

Pemandu WRC2, Andreas Mikkelsen akan menikmati peluang untuk berdepan dengan semua pencabar utama kejuaraan WRC2 di Central European Rally pada minggu depan (26 – 29 Oktober).

Andreas Mikkelsen kini sedang mendahului kedudukan pemandu bagi kategori WRC2 dengan empat mata di hadapan pemandu dari Perancis Yohan Rossel menjelang pertarungan minggu hadapan, yang akan membabitkan tiga negara,Jerman, Austria dan Republik Czech.

Walaupun Andreas Mikkelsen masih mempunyai dua perlumbaan bagi mengutip mata yang masih tersisa musim ini, namun disebabkan kekangan bajet bermakna pemandu dari Norway itu harus menamatkan kempen WRC2 di perlumbaan Central European Rally dan bukannya di Jepun nanti.

Dan kemenangan Andreas Mikkelsen minggu hadapan bersama Juruarah Torstein Eriksen akan memberikan mahkota kejuaraan WRC2 yang diidamkan, walaupun mereka akan menghadapi saingan hebat dengan bintang WRC2 yang lain termasuklah Yohan Rossel, Gus Greensmith, Nikolay Gryazin dan Kajetan Kajetanowicz yang kesemuanya akan turun beraksi kelak.

“Ia akan menjadi gila,. Semua pencabar kejuaraan WRC2 berada di perlumbaan yang sama, jadi dalam erti itu semuanya boleh direbut. Saya sendiri suka dengan situasi itu dan lebih suka pertandingan secara langsung. Ia akan menjadi perlumbaan yang panas dengan banyak persaingan,” ujar Andreas Mikkelsen.

Walaupun Central European Rally adalah perlumbaan yang serba baharu untuk musim 2023, Andreas Mikkelsen berharap pengetahuan yang diperolehinya terdahlu, termasuklah tugasan dalam FIA European Rally Championship akan dapat memberikannya sedikit kelebihan berbanding pesaingnya.

“Walaupun ia adalah rali aspal pertama saya dalam musim WRC2 tahun ini, saya yakin,” jelas pemandu Škoda itu. “Pertama, kerana saya telah pun bertanding rali di Republik Czech dengan Fabia RS dan masih mengetahui trek aspalyang sangat istimewa ini daripada ERC.”

“Dan juga kerana saya satu-satunya pencabar kejuaraan WRC2 yang sudah mengetahui beberapa peringkat perlumbaan nanti, kerana saya pernah bekerja sebagai kru recce note untuk pemandu Austria pada Rali 3-Städte tahun lepas,” ujar Andreas Mikkelsen lagi.

Pastinya Andreas Mikkelsen berharap dapat memenangi perlumbaan minggu hadapan sekali gus menjulang semula kejuaraan WRC2. Tahun lepas beliau yang turut beraksi dalam kelas WRC2 hanya mampu mendapat tempat kedua keseluruhan setelah memenangi kejuaraan WRC2 pada tahun 2021.

Sudah tentu beliau berharap kemenangan itu nanti dapat membuka mata pasukan utama WRC bagi memandu kembali jentera hibrid Rally1 bagi musim 2024 nanti.

BACA : WRC2 – ANDREAS MIKKELSEN MENANG DARIPADA TEMPAT KE 12 SEBELUMNYA DI GREECE

BACA : WRC2 – KEMENANGAN DRAMATIK BUAT ANDREAS MIKKELSEN DI RALLY ITALIA

Google ads

B K

Back to top button