Buletin

WRC2 – ANDREAS MIKKELSEN MENANG DARIPADA TEMPAT KE 12 SEBELUMNYA DI GREECE

Pemandu dari Norway Andreas Mikkelsen berjaya melakukan perkara yang dianggap mustahil apabila berjaya memenangi kategori WRC2 di EKO Acropolis Rally Greece dengan menewaskan pesaing terdekat, Gus Greensmith.

Andreas Mikkelsen yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 yang disediakan oleh Toksport sebelumnya menduduki tempat ke 12 keseluruhan setelah mengalami masalah dengan kerosakan tayar di peringkat awal saingan.

Ketika cuba mengejar pemandu di hadapan, Andreas Mikkelsen sempat ketinggalan 12.0 saat di belakang pemandu dari Britain itu. Namun drama terjadi, apabila Gus Greensmith yang turut memandu jentera yang serupa, turut disediakan oleh Toksport menghadapi masalah dengan sistem kotak gear.

Dan ketika inilah Andreas Mikkelsen mengambil kesempatan untuk memintas Gus Greensmith dengan kelebihan 10.3 saat di saat akhir. Dengan kemenangan ini juga, menjarakkan seketika pungutan mata beliau kepada 16 mata di hadapan Yohan Rossel.

Yohan Rossel yang memandu jentera Citroen C3 Rally2 melengkapkan senarai podium ketiga setelah ketinggalan 1 minit 15.7 saat. Yohan Rossel sebelumnya  pernah menduduki tempat kedua kesseluruhan sebelum turut sempat mengalami masalah dengan kerosakan tayar pada SS11 dan harus akur untuk berada di podium ketiga keseluruhan akhirnya.

Sementara itu, pemandu pasukan M-Sport Ford, Adrien Fourmaux yang memandu Ford Fiesta Mk II Rally2 juga sempat menjadi pendahulu senarai pemandu ketika saingan hari Jumaat. Namun beliau terpaksa berhenti untuk menukar tayar seketika dan terus kehilangan masa berharga dan harus berpuas hati untuk berada di tempat keempat keseluruhan.

Rakan sepasukan beliau Grégoire Munster yang berasal dari Belgium itu muncul sebagai pemandu kelima terpantas keseluruhan sekali gus meloncakkan semangat beliau ketika ini yang sedang membuak – buak.

Grégoire Munster, 24 tahun telah pun disahkan untuk beraksi di di Chile dengan memandu Ford Puma Rally1 buat kali pertama. Grégoire Munster yang sebelum ini dibantu dan dipantau rapat prestasi beliau oleh pemandu rali Jourdan Serderidis bakal memandu jentera Ford Puma Rally1 yang sebelum ini digunakan oleh pemandu rali veteran dari Greece tersebut.

BACA : WRC2 – ANDREAS MIKKELSEN MUNCUL JUARA DI ESTONIA. OLIVER SOLBER PULA APA CERITA?

BACA : WRC2 – KEMENANGAN DRAMATIK BUAT ANDREAS MIKKELSEN DI RALLY ITALIA

Google ads

B K

Back to top button