Buletin

ANGGOTA POLIS MPV TERIMA JAKET KALIS PELURU, TAHAN TIKAMAN

Anggota polis Unit Kereta Peronda (MPV) kini dilengkapi jaket keselamatan yang didatangkan ciri-ciri perlindungan.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, jaket reflective bulletproof vest level II with anti stab mampu memberi perlindungan kepada.

Beliau menambah, ia dilengkapi perlindungan tikaman dan tembakan peluru Caliber 9 MM.

Selain itu, Zainal Abidin menjelaskan, jaket juga berfungsi membalikkan cahaya sebagai pelindung kepada anggota polis yang bertugas khususnya pada waktu malam atau keadaan gelap.

 “Kerajaan menerusi Belanjawan 2018 telah meluluskan perolehan pembelian jaket itu bagi kegunaan anggota unit peronda (MPV) polis dan buat permulaan, 800 jaket telah diagihkan kepada ibu pejabat polis kontinjen (IPK)

 “Jumlah agihan diberi mengikut keperluan anggota dan kecenderungan jenayah setiap negeri. Dalam fasa pertama ini, sebanyak 800 unit jaket keselamatan diterima dan keutamaan agihan kepada petugas MPV.

“Kontinjen Johor menerima 100 unit kerana kontinjen ini besar dan ada 13 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) serta risiko kerap berlaku insiden. Kita beri jaket ini mengikut keperluan anggota, terutama Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang,” katanya. – Sinar Harian

Google ads
Back to top button