Buletin

AKHIRNYA PADA TAHUN 2023, KITA AKAN DAPAT PELEKAT CUKAI JALAN YANG LEBIH BERKUALITI

Pada 7 Disember 2022, telah tular di Twitter mengenai aduan kualiti pelekat cukai jalan (roadtax) yang mudah terkoyak. Ciapan tersebut mendapat perhatian bahkan ada beberapa komen mengatakan kualiti pelekat itu semakin menurun sejak kebelakangan ini.

Hal tersebut mendapat respon segera daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Menerusi laman Facebooknya, beliau menyatakan perkara itu akan diatasi dan bakal dimasukkan dalam perancangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tahun ini.

“Saya tahu ramai orang mengadu berkenaan sticker cukai jalan yang kurang berkualiti. Perkara itu memang dalam perhatian kami dan satu perubahan besar bakal dilaksanakan dalam tahun ini.

“Antara agenda utama JPJ tahun ini ialah melaksanakan digitalisasi dalam perkhidmatan teras kepada rakyat seperti pelesenan kenderaan dan pemandu. Selain memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya,.

“Sebarang pelaksanaan inisiatif baru akan dirancang dengan rapi dan saya akan membuat pengumuman apabila persediaan sepenuhnya telah dibuat. Agenda utama kementerian adalah untuk memudahkan urusan rakyat.

“Saya tak ingin melihat orang ramai beratur panjang di pejabat-pejabat JPJ yang menyusahkan mereka,” jelas Loke selepas menghadiri mesyuarat dengan pengurusan tertinggi JPJ.

Sebelum ini, warganet mencadangkan agar kerajaan dapat mempertimbang untuk menggunakan sistem digital seperti yang diguna pakai beberapa negara jiran lain seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Google ads
Back to top button