Buletin

PASANGAN SUAMI ISTERI BELI TOYOTA RUSH BERNILAI RM80K GUNA SYILING. 3 TAHUN MENABUNG

Pasangan suami isteri membeli kereta idaman, Toyota Rush bernialai 271 juta rupiah (RM79,269) dengan menggunakan syiling hasil tabungan selama tiga tahun di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Asriadi Syamsuddin dan Ratna merupakan peniaga telah menjalankan transaksi pembelian kenderaan berkenaan dengan membawa beberapa botol berisi duit syiling di pengedar Toyota Hos Cokroaminoto, Makassar.

Dia memberitahu tidak menyangka mampu mengumpul duit syiling sebanyak itu selepas menabung selama tiga tahun.

“Saya mula mengumpul duit berkenaan pada September 2018 dengan mengisi di dalam botol kerana tidak sempat mengira wang lebihan daripada pembelian barangan keperluan dan para pelanggan.

“Justeru, saya mengambil keputusan menyimpan di dalam botol sahaja. Saya tidak menyangka wang berkenaan yang dikumpul sejak tiga tahun lalu begitu banyak,” katanya.

Pada mulanya, Asriadi memberitahu dia menyimpan hasrat untuk membeli kenderaan tetapi tidak memiliki wang.

Bagaimanapun, dia berkata memulakan inisiatif berkenaan bukan sahaja ingin menabung tetapi ingin memiliki kenderaan idaman.

Sementara itu, Ketua Cawangan Toyota Cokroaminoto, Ariefyanto Arsjad memberitahu, ia merupakan kali pertama pembeli membeli kenderaan dengan menggunakan duit syiling.

“Mereka ingin membeli Toyota Rush bernialai 271 juta rupiah (RM79,269)

“Para pekerja telah mengira duit syiling yang diisi dalam sembilan botol air dan wang kertas secara beramai-ramai,” katanya. – Antara

Google ads
Back to top button