Motosikal

RASMI: ARIIC 318GT LANCAR DI MALAYSIA – RM22,888

Pasaran motosikal tempatan dimeriahkan lagi dengan pelancaran skuter maxi terbaru kali ini menerusi jenama ARIIC. 

Kami telah pun menyaksikan tawaran model ARIIC dengan lebih dekat ketika menghadiri CIMA Motor 2024 tahun lalu di Chongqing, China. 

Seperi yang dilaporkan sebelum ini, ARIIC 318GT akhirnya dirasmikan untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan RM22,888. 

Atas kertas, 318GT merupakan skuter maxi gayar urban dan dipacu platform baharu bersesaran 329cc. Menurut ARIIC, skuter ini menawarkan 28.8hp dan 31.8Nm dan mampu mencapai top speed sekitar 140km/j. ARIIC 318GT merupakan model yang telah dinaik taraf dari 318 yang diperkenalkan pada 2021.

Menariknya, skuter ini turut dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 16L. ARIIC turut mendakwa skuter ini mampu mencapai 400km dengan tangki penuh. 

Dalam pada itu, 318GT ini juga hadir dengan kelengkapan terkini antaranya penghadang angin elektronik, cakera brek berkembar, ABS dwi-saluran, kamera hadapan dan belakang (dashcam), serta skrin TFT berwarna.

ARIIC 318GT akan memberi saingan pada Honda Forza 250, Yamaha XMax 250 dan Zontes 350E dan 350D.

Google ads
Back to top button