
Pelumba SuperSports 600cc negara, Mohd Zaqhwan Zaidi terbabit kemalangan pada awal sesi latihan bebas kedua dalam saingan hari pertama Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.
Pelumba pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing itu terjatuh bersama pelumba AP Honda Racing Thailand, Ratthapong Wilairot seawal pusingan pertama sesi latihan bebas kedua yang menyaksikan bahagian hadapan jenteranya mengalami kerosakan teruk dan gagal untuk meneruskan sesi tersebut.
Zaqhwan yang sebelum itu muncul pelumba terpantas dalam sesi latihan bebas pertama bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius dan akan meneruskan sesi latihan bebas ketiga dan kelayakan esok.
āSaya gagal mengawal jentera dan terjatuh di selekoh terakhir sehingga menyebabkan jentera saya rosak teruk di bahagian depan. Bagaimanapun, kecederaan saya tidak begitu serius, cuma sakit sedikit di bahagian pinggang dan belakang badan. Doktor telah memberi kebenaran untuk saya meneruskan aksi pada hari esok,ā jelas Zaqhwan.
Tambahnya, āInsiden ini tidak melemahkan semangat saya untuk memburu gelaran keseluruhan ketiga pada minggu ini. Saya tidak berasa tertekan kerana strategi saya pada minggu ini adalah untuk fokus kepada sesi kelayakan dan perlumbaan pertama dahulu berbanding memikirkan tentang gelaran. Saya juga yakin pasukan mampu menyiapkan jentera saya dalam keadaan terbaik,ā jelas Zaqhwan yang kini sedang mendahului kedudukan keseluruhan dengan 138 mata.
Pelumba wildcard dari pasukan Yamaha Thailand Racing Team, Apiwat Wongthananon muncul pelumba terpantas hari pertama dengan catatan masa 1ā39.294s diikuti rakan sepasukan, Chalermpol Polamai kedua dengn 1ā39.707s. Pelumba Australia, Anthony West ketiga dengan masa 1ā39.827s.
Yuki Ito muncul pelumba terpantas dikalangan lima pelumba yang memburu gelaran juara keseluruhan SuperSports 600cc dengan catatan 1ā39.836s diikuti Zaqhwan, 1ā39.957s, Azlan Shah 1ā39.965s dan Ahmad Yudhistira, 1ā40.146s.
Sementara itu, dalam saingan Asia Production 250cc, pelumba AP Honda Racing Thailand, Vorapong Malahuan mencatat masa terpantas 1ā54.097s diikuti pendahulu keseluruhan, Gerry Salim (1ā54.450s dan Tomoyoshi Koyama (1ā54.557s).
Dalam saingan Underbone 150cc, pendahulu keseluruhan, Mohd Akid Aziz menamatkan saingan hari pertama dengan catatan ketujuh terpantas, 2ā06.247s manakala pencabar utama, Wahyu Aji Trilaksana muncul pelumba terpantas dengan masa 2ā02.854s. Mohd Amirul Ariff Musa muncul pelumba terbaik negara setelah merakam catatan kedua terpantas, 2ā03.897s diikuti Mohd Muzakkir Mohamed ketiga, 2ā04.124s.