Artikel Pilihan

MINAT BERKONVOI? INI PERINGATAN RINGKAS UNTUK SEMUA

Memang seronok bila kita berjumpa dengan mereka yang mempunyai hobi, minat atau memiliki kenderaan yang sama. Aktiviti TTS tiap minggu dan dah tentu berkonvoi ke sana ke sini. Tapi tahukah anda berkonvoi bukan boleh dibuat suka-suka. Perancangan satu hal tapi yang paling penting undang-undang atau peraturan yang perlu kita semua dipatuhi ketika berkonvoi.

Harus juga diingat aktiviti berkonvoi ini kadangkala tercemar oleh beberapa perkara hingga adakalanya menyebabkan rasa tidak senang pengguna jalanraya yang lain malah paling teruk ada yang menyalahi undang-undang jalanraya. Lagi malu kalau ini berlaku di negara jiran.

Bukan konvoi ke rumah pengantin atau rombongan meminang, ia lebih merujuk kepada aktiviti berkonvoi rasmi yang biasa dilakukan oleh persatuan bermotor atau kereta.

Di sini kami sediakan beberapa peringatan ringkas untuk anda.

1. Pemberitahuan kepada pihak berkaitan.
Sila dapatkan kebenaran ataupun paling tidak pemberitahuan bahawa pihak anda ingin melakukan akitiviti berkonvoi. Biasanya jika jarak yang tak berapa jauh, pihak Trafik mungkin tak keberatan untuk jadi pengiring konvoi anda.

2. Taklimat peserta.
Lebih baik dilakukan sebelum konvoi mula bergerak. Berikan peringatan ringkas seperti check point untuk berhenti, pengenalan marshal2 atau sebagainya. Jika melibatkan memasuki sempadan negara lain, adakan sesi khas kerana undang-undang jalanraya setiap negara adalah berbeza.

3. Komunikasi.
Jika boleh sediakan peralatan komunikasi misalnya walkie-talkie. Biasanya diberikan kepada ketua konvoi dan marshal agar dapat berkomunikasi ketika dalan perjalanan. Jangan memandai berkomunikasi pakai grup WhatApps. Memang hawau.

4. Halangan trafik.
Isu ini agak panas kerana terdapat marshal yang bertindak menghalang laluan kenderaan pihak lain agar konvoi tidak berpecah dan ia biasanya berlaku ketika di lampu isyarat. Buat pengetahuan anda, hanya pihak polis trafik yang mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian. Walaupun anda berkonvoi dalam kumpulan yang besar, ia bukan bermakna ia monopoli lalulintas. Hormat juga pengguna jalanraya yang lain.

5. Kawalan & Dinamik
Konvoi yang ideal dikatakan melibatkan tak lebih 10 kenderaan, jika melibatkan kumpulan yang besar, bahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Ini lebih kepada memudahkan kawalan dan komunikasi sesama ahli konvoi.

6. Patuhi peraturan lalu-lintas.
Ini merupakan perkara yang paling kritikal atau penting tak kiralah anda memandu atau menunggang secara individu atau berkonvoi. Apabila anda berada di atas jalanraya, secara automatiknya anda akan terikat dengan undang-undang trafik sedia ada. Patuhi dan amalkan sebaik mungkin. Ketika berkonvoi, nyalakan lampu utama bukan lampu hazard. Sentiasa beringat, nescaya selamat.

Semasa berkonvoi terdapat beberapa pihak yang memainkan peranan penting:

1. Ketua kumpulan
Kenderaan yang akan berada di hadapan sekali semasa berkonvoi. Tugasnya adalah sebagai navigator kepada konvoi. Biasanya yang dah tahu atau berpengalaman dalam selok belok laluan yang bakal dilalui. Mereka inilah yang paling awal memberitahu marshal jika ada sebarang info seperti permukaan jalan yang teruk atau kemalangan di hadapan.

2. Marshal
Biasanya bertugas mengawal dan memantau peserta konvoi. Jika ada sebarang kejadian yang mengganggu perjalanan, merekalah yang akan memberitahu ketua konvoi untuk tindakan seterusnnya.

3. Sweeper
Akan berada di belakang sekali. Sweeper akan memastikan tiada peserta yang tertinggal dari konvoi. Ini sekaligus memastikan koordinasi konvoi yang baik antara ketua, marshal dan peserta.

4. Pasukan teknikal
Kalau ada rakan-rakan yang berkebolehan, berpengetahuan dan mempunyai peralatan teknikal bolehlah dilantik sebagai kenderaan rescue atau pembantu jika ada mana-mana peserta yang mengalami masalah ketika dalam perjalanan.

Jadi ini merupakan perkongsian serba sedikit untuk anda yang berminat atau yang akan melakukan aktiviti berkonvoi. Selamat berkonvoi.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button