
POLIS CARI MARSHAL BERLAGAK MACAM POLIS TRAFIK DI PORT DICKSON
Berikutan satu klip video berdurasi tiga minit yang tular di laman sosial Facebook pada Ahad, polis kini sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal dan memberi arahan kepada orang awam supaya memperlahankan kenderaan mereka.
Tindakan itu dibuat bagi membenarkan sekumpulan lebih kurang 20 buah motosikal berkuasa tinggi melalui laluan tersebut.
“Konvoi berkenaan dipercayai bergerak dari arah Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka melepasi kawasan Jalan Tanjung Agas, Pasir Panjang Port Dickson,” kata Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed dalam satu kenyataan pada Ahad.
Aidi Sham berkata, pihak polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam rakaman tersebut.
“Kami menyeru kepada mana-mana yang memiliki maklumat kejadian untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.
“Sebarang maklumat boleh disalurkan ke pihak siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Port Dickson di talian 06 6472222,” katanya.
Siasatan akan dijalankan bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967, Sekyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (halangan lalulintas) dan Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59(Kaedah 12(3)(A)- (Kesalahan di garisan berkembar).
Seseorang marshal tidak dibenarkan memberi apa jua arahan bagi tujuan menahan atau memberhentikan kenderaan atau melencong kehadiran tanpa kehadiran pegawai polis.
“Pihak polis tidak berkompromi dengan mana-mana ahli kumpulan yang berlagak sebagai polis trafik dalam mengawal lalulintas yang mana boleh mendatangkan bahaya dan menyekat hak-hak bergerak di jalan awam,” katanya. – Sinar Harian
- BACA: TERTEKAN GADUH DENGAN KEKASIH. POLIS TEMBAK BAS AWAM
- BACA: PERLUMBAAN PERTAMA ATC DI LITAR MANDALIKA DIBATALKAN. LITAR BELUM SEDIA, MARSHAL TAK CUKUP, ALAMI MASALAH TEKNIKAL
- BACA: 2 MARSHAL DITAHAN POLIS, KAWASAKI GTR 1400 DAN Z800 DIRAMPAS
- BACA: BERLAGAK MACAM POLIS TRAFIK, POLIS CARI MARSHAL KONVOI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI