Buletin

PEMANDU REMPUH PEMOTONG RUMPUT DI SONGKHLA TIADA LESEN SAH

Seorang wanita yang merempuh lima orang pemotong rumput hingga maut di Songkhla, Thailand dilaporkan tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

Jika sabit kesalahan, wanita berusia 30 tahun yang didakwa memandu secara cuai dan merosakkan harga awam itu berdepan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda tidak lebih 20,000 baht (RM2,721).

Terdahulu, polis Thai dikatakan bersetuju untuk mengurangkan ikat jamin daripada 500,000 bhat kepada 200,000 baht.

Dia kini dilarang meninggalkan Thailand sehingga kesnya selesai. Selain perlu membayar sagu hati dalam bentuk wang tunai sebanyak 50,000 baht (RM6,764) kepada setiap keluarga mangsa dengan jumlah keseluruhan mencecah 250,000 baht (RM33,823).

Dia juga dikenakan denda 200 baht (RM28) kerana memandu tanpa lesen sah.

Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel memberitahu pihak kedutaan akan memantau kes itu dan akan memberi bantuan sewajarnya.

Semalam, wanita itu dan dua rakannya sedang dalam perjalanan dari Krabi ke Hatyai, Songkhla sebelum kereta yang mereka naiki melanggar lima pemotong rumput yang sedang berehat di tepi Jalan Asia, Daerah Rattaphum, Songkhla.

Rempuhan itu menyebabkan semua mangsa maut di tempat kejadian dan di hospital.

Tags
Google ads
Back to top button