Buletin

GERAM SOALAN TAK DIJAWAB, LELAKI TIMBUS KERETA DIPANDU AWEK DENGAN TANAH

Kalau sudah kecewa dalam percintaan, macam-macam perkara yang boleh berlaku. Ia juga boleh membuatkan ramai yang tidak dapat berfikir secara waras. 

Sebagai contoh, seorang lelaki berusia 20 tahun, Hunter Mills didakwa menimbus sebuah Cadillac yang dipandu teman wanitanya. Dia bertindak demikian kerana berang wanita itu tidak menjawab soalan kereta siapakah yang dipandunya. 

Berdasarkan kepada tweet Pejabat Sheriff Okaloosa County, Mills yang bekerja di sebuah syarikat galian mahu berbincang dengan teman wanitanya di tempat kerja. Mereka kemudian bertengkar dengan sikap wanita yang terus membisu apabila ditanya. 

Mills kemudian memandu sebuah trak pengangkut tanah dan terus mencurahkan isinya ke atas Cadillac CTS berwarna putih tersebut yang tingkapnya terbuka separuh. Seperti yang boleh dilihat,  ruang dalaman Cadillac CTS itu dipenuhi oleh tanah, terutama pada lantai dan tempat duduk pemandu. 

Mills akhirnya ditahan polis dan berdepan dakwaan jenayah. Menurut laman web peguambela jenayah Richard Hornsby, kerosakan dijangka melebihi AS$1,000 (RM4,180). Jadi, Mills mungkin berdepan hukuman penjara sehinga lima tahun denda tidak lebih AS$5,000 (RM20,900).

Google ads
Back to top button