Buletin

ASTON MARTIN COMEL INI MENANG TEMPAT KEDUA PERLUMBAAN – TANPA ENJIN PULA TU!

Sebelum ini kami ada siarkan tentang penyertaan Aston Martin dalam perlumbaan Red Bull Soapbox 2017 di Alexandra Palace pada hujung minggu lepas.

Berita gembira untuk peminat Aston Martin apabila kereta ‘kotak sabun’ V8 Vantage GTE itu telah memenangi tempat kedua!

Sekadar untuk suka-suka, kereta itu hanya menjalani ujian selama sepuluh minit sebelum bergerak ke Alexandra Palace bagi mengambil bahagian buat kali pertama.

Selepas mencatat skor yang agak pada sebelah pagi iaitu 28 poin dari 40 keseluruhan, pasukan Aston Martin Racing membuat ‘havoc’ di atas pentas. Pemenang Le Mans iaitu Darren Turner dan Jonny Adam turut bersama-sama krew pasukan menyiapkan dan membuat gimik ala pelumbaan sebenar.

Kereta ‘kotak sabun’ V8 Vantage itu dipandu oleh Alex Summers yang juga Jurutera Prototaip Aston Martin.

 

 

2017 Red Bull Soapbox Race 2017<br /> Aston Martin<br /> 9th July 2017<br /> Alexandra Palace, England<br /> Photo: Drew Gibson.
Photo: Drew Gibson.

Red Bull sememangnya pandai mencipta dan mencari publisiti. Acara ‘gila dan seronok’ itu mendapat sambutan hangat dan dihadiri oleh 22,000 penonton.

Paling penting, ahli pasukan Aston Martin dapat bersama-sama bergembira sesama sendiri dan mengeratkan hubungan bukan sekadar rakan sekerja malah menjadi sahabat!

BACA: LELAKI INI CUBA MASUK BILIK PAMERAN ASTON MARTIN KL DAN INI LAYANAN YANG BELIAU TERIMA

 

Google ads
Back to top button