Artikel Pilihan

INI PROTON SATRIA NEO CONVERT KIT BADAN R3 CPS DARI AUSTRALIA

Proton Satria Neo adalah sebuah kereta yang cantik. Ia adalah kereta yang membawa legasi besar generasi pertama Satria dan juga Satria GTI. Jadi tidak hairanlah ia mempunyai banyak bayangan GTI seperti pada bahagian bawah sisi tepi dan arca roda yang menonjol.

Walaupun ada yang kata, enjin CamPro lemau dan sebagainya, Proton menjawab teguran itu dengan dua versi enjin, Neo CPS dan Neo CPS R3 versi RS.

Walaupun jualan Neo tidak sehangat Persona atau Saga dek saiz pasarannya yang kecil namun kereta itu telah membawa nama Malaysia ke serata dunia melalui model lumba seperti Satria Neo S2000, Satria Neo APRC dan Satria Neo Cusco. Malah model ini menyaksikan kembalinya Karamjit Singh mengemudi kereta Proton selepas bertahun-tahun memandu untuk pasukan sendiri dan tajaan luar.

Tidak cukup dengan itu, boleh dikatakan Satria Neo Cusco adalah model pertama Proton yang dijual di Jepun!

Ini pula, video yang dimuat naik oleh pengguna YouTube bernama djaltoj dari Australia. Melalui keterangan yang diberi, beliau sebelum ini pernah memiliki Satria GTI sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan Satria Neo.

Memandangkan Satria Neo CPS tidak dieksport ke luar kecuali beberapa negara seperti Indonesia dan Brunei, djaltoj telah menaik taraf sendiri Neo standard beliau kepada rupa Neo R3 CPS. Menariknya ialah siap dengan lencana R3 dan Handling by Lotus!.

Dan ini adalah salah satu sebab kenapa kita perlu menghargai hasil kerja anak tempatan. Juga salah satu sebab kenapa Satria Neo CPS R3 perlu disimpan elok. Hanya masa akan menentukan kembalinya model ini sebagai koleksi rare!

Lagi bacaan menarik tentang Proton Satria:

PROTON SATRIA NEO – WAJAH TAMPAN YANG SEMAKIN DILUPAKAN

SATRIA BAJA MERAH – KUASA EVO!

Google ads
Back to top button