Modifikasi

PROTON GEN2 ROCKFORD FOSGATE

Jarang-jarang berlaku sebuah kereta biasa mahu melakukan ubah suai seperti ini. 

Proton-Gen2-Rockford-Fosgate-mekanika (2)

Kalau tidak silap, inilah kali pertama saya jumpa sebuah kereta penumpang yang menggunakan peralatan serba berjenama. Bukan sahaja audio, malah ia melibatkan hampir semua bahagian dalamannya.

Segalanya dibuat berdasarkan minat mendalam terhadap apa yang disangkanya satu hobi sementara. Pemiliknya seorang anak muda yang baru menceburkan diri dalam perniagaan dan sangat meminati bidang muzik.

Proton-Gen2-Rockford-Fosgate-mekanika (7)

Akhirnya, kereta harian yang dipandu sejak setahun lalu telah berubah rupa menjadi juke box bergerak yang menarik untuk dipertontonkan.

Mengambil kira pelbagai aspek sebelum memilih unit sistem, kereta ini ditinggalkan di premis Rockford untuk mendapatkan khidmat pemasangan. Seperti yang dicadangkan oleh installer, kereta ini terus dipadankan dengan pemain utama Pioneer P99RS. Ia kemudian digandingkan dengan unit DVD 1DIN AVH-P5350.

Proton-Gen2-Rockford-Fosgate-mekanika (13)

Kombinasi ini menjadikan sistem asas audio dan visual Gen2 ini berada dalam kelasnya yang tersendiri. Sekarang, tinggal memilih alatan yang betul untuk mengekstrak bunyi yang sepadan dengan hasil pemprosesan pemain tadi. Silap memilih bermakna segala yang dilakukan sebelum ini sia-sia sahaja.

Tumpuan pembinaan kereta ini bergantung sepenuhnya kepada peralatan Rockford Fosgate. Jenama Amerika itu hampir tidak kedengaran sekarang. Tetapi sebenarnya ia masih menghimpun sejumlah peminat yang tersendiri. Percaya pada keutuhan jenama ini, semua peralatan seperti amp, kabel RCA, sub dan pembesar suara datang daripada jenama yang sama.

Proton-Gen2-Rockford-Fosgate-mekanika (8)

Sebanyak 4 buah power amplifire digunakan dalam sistem kereta ini. Ia terdiri daripada dua buah Rockford Fosgate T600.4, Rockford Fosgate T600.2 dan Rockford Fosgate T1500. IBD.

Pembinaan pula diselaraskan dengan pembahagian bahagian hadapan, melibatkan komponen yang dipasang pada tiang dan panel pintu. Ia merupakan sistem 3 hala yang unik kerana ia fokus kepada ESQL.

Proton-Gen2-Rockford-Fosgate-mekanika (10)

Set hadapan terdiri daripada set komponen Rockford Fosgate T3652-S yang dihubungkan dengan midbass Rockford Fosgate CDM-88. Jadi adakah bunyinya akan jadi caca-marba tanpa equalizer luaran?

Sudah tentu tidak. Terima kasih kepada P99-RS yang bertanggungjawab membahagikan frekuensi setiap pembesar suara. Kemampuannya sebagai pemain aktif multi-saluran menyelesaikan masalah ini.

Proton-Gen2-Rockford-Fosgate-mekanika (9)

Seterusnya, pemain ini juga bertanggungjawab melaras bunyi di belakang di mana empat buah mid dan 2 buah tweeter Rockford Fosgate T1692 dipasang.

Tujuan talaan sebegini biasanya untuk membahagikan staging bunyi agar sekata. Untuk belakang, mid ini dikuasakan oleh amp 4 saluran Rockford Fosgate T600.4. Akhir sekali ialah sebuah sub woofer Rockford Fosgate T2D212 yang dipasang di dalam sebuah kotak binaan custom dan dibalut fabrik hitam.

Proton-Gen2-Rockford-Fosgate-mekanika (18)

Seperti yang lazim dibuat, bahagian but dihias dengan sekata. Platform bawah lantai but dibina dengan ruang-ruang khusus untuk menempatkan amp yang dipasang.  Kemudian, ia dilapis dengan perspek yang dicat abstrak logo Rockford Fosgate.

Disebabkan saiz but kereta yang kompak, posisi sub tadi mendominasi ruang dan menyebabkan penjenamaan Rockford Fosgate terjejas. Ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, pemiliknya meluaskan jenama ini dengan membalut semula tempat duduk hadapan dan karpet lantai dengan logo RF yang unik.

Proton-Gen2-Rockford-Fosgate-mekanika (4)

Secara keseluruhannya, projek ini berjaya mencapai matlamat akhirnya iaitu menggabungkan kereta dengan satu jenama ulung bersama kombinasi kerja pemasangan dan penalaan yang mantap.

Semuanya dilakukan demi rasa cinta pemiliknya pada kenderaan, jenama dan hobi yang tidak pernah berhenti. Khabarnya, nak ditingkatkan lagi. Memang enak kalau banyak duit kan?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button