
ERA V-TWIN SUPERQUADRO BERAKHIR DENGAN DUCATI PANIGALE V2 FINAL EDITION
Perjalanan enjin V-Twin Superquadro oleh Ducati semakin menghampiri penghujungnya dan sebagai penghargaan, pengeluar motosikal Itali itu memperkenalkan Panigale V2 Superquadro Final Edition.
Diumumkan sebagai model terakhir, Panigale V2 Superquadro Final Edition ini merupakan model Ducati terakhir yang mmengguna pakai enjin V-Twin ketika ini.

Superquadro V-Twin berevolusi dari 899 pada 2023 kemudian digantikan dengan 959 pada 2016 sebelum dinamakan semula sebagai Panigale V2 pada 2020 yang menawarkan 155hp.
Menurut Ducati, versi Final Edition ini hanya terhad kepada 555 unit sahaja untuk pasaran global dengan masing-masing hadir dengan nombor siri individu termasuk sijil pengesahan ketulenan.

Walaupun masih lagi dikuasakan enjin V-Twin 955cc yang berupaya menjana 153hp pada 10,750rpm dan 104Nm pada 9,000rpm namun aspek lain Panigale V2 Superquadro Final Edition ini menampilkan elemen istimewa.
Pertamanya, motosikal ini hadir dengan skema warna yang direka Drudi Performance hasil kerjasama dengan Centro Stile Ducati. Sementara itu, bahagian suspensi pula dibekalkan Öhlins termasuk fork USD 48mm boleh laras. Pakej brek pula terdiri dari Brembo M4.32.

Antara kelengkapan elektronik ditawarkan termasuk IMU 6-axis generasi terbaru, cornering ABS, traction control dan wheelie contro.
Motosikal ini juga padat dengan komponen gentian karbon termasuk di bahagian ekzos, mudguard depan dan belakang, pelindung swingarm dan pelindung klac.

Dalam pada itu, walaupun perjalanan sportbike V-Twin oleh Ducati berakhir namun ini bukan pengakhiran bagi model V-Twin secara keseluruhan. Ini kerana enjin V-Twin 939cc yang menggerakan SuperSport 950, DesertX, Monster dan Multistrada V2 dan enjin V-Twin 803cc yang memacu model Scramberl masih diteruskan.
GALERI: DUCATI PANIGALE V2 SUPERQUADRO FINAL EDITION














