Artikel PilihanMotosikal

“JIKA NAK DUDUK BELAKANG, BAIK DUDUK RUMAH SAJA” – HAFIZH

Dengan prestasi yang hambar sepanjang tiga musim pertama MotoGP tahun ini, sudah tentu, tumpuan sekarang adalah pada pelumba kebanggaan negara Hafizh Syahrin yang kini bersama dengan pasukan Tech 3 KTM untuk musim 2019.

Seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, beliau sedar tentang prestasinya dan mengakui, ia bukanlah seperti yang beliau mahu.

“Saya pun tak nak berada di kedudukan belakang. Malah semua pelumba juga tak mahu berada di belakang.

“Jika hendak duduk di belakang lebih baik duduk di rumah saja.”, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro.

Tiga kegagalan dalam tiga perlumbaan utama itu menyebabkan beliau gagal mendapatkan sebarang mata. Beliau juga akur dan hanya dapat menerima sahaja kritikan orang ramai terhadap prestasinya itu.

Beliau mengakui, terpaksa menerima kecaman orang ramai namun tidak sekali-kali akan menyerah. Beliau terus menjalani latihan dengan bekerja keras dan tak pernah berputus asa.

“Kalau ada netizen yang kata saya tak boleh bawa (jentera KTM) dan berada di belakang, buat masa ini saya memang terima saja kritikan itu.

“Sudah tentu saya ingin lakukan yang terbaik untuk keluarga serta penaja yang memberi peluang kepada saya beraksi di MotoGP.

“KTM adalah ‘keluarga’ yang bagus dan sangat bersemangat dalam sukan permotoran.

Pelumba rookie kedua terbaik tahun lalu itu percaya pasukannya sedang bekerja keras menyediakan jentera yang terbaik. Namun beliau akui, dengan pengalaman hanya tiga tahun dalam kelas premier MotoGP, KTM masih terlalu muda.

Pusingan Gran Prix Sepanyol akan berlangsung hujung minggu ini dan beliau berharap untuk mendapatkan keputusan lebih baik

KREDIT: HARIAN METRO

Google ads
Back to top button