Buletin

AUDI R8 V10 RWS – MODEL PACUAN RODA BELAKANG UNTUK KEPUASAN MEMANDU SEBENAR

Bersempena dengan Frankfurt Motor Show tahun ini, Audi telah memperkenalkan varian baru supercar mereka  yang dinamakan R8 V10 RWS (Rear Wheel Series). Ia dikatakan akan menawarkan pemanduan yang lebih liar khususnya untuk pemandu yang sukakan aksi drift.

Sesuai dengan nama baru varian ini, ia menggunakan sistem pacuan roda belakang sepenuhnya dan bukan lagi Quattro seperti sebelumnya. R8 RWS ini bagaimanapun masih lagi ditawarkan dalam versi Coupe dan juga Spyder.

Sistem pacuan belakang sedia kita maklum adalah khusus untuk pemandu advance yang mampu mengawal kereta dengan lebih baik. Ia juga dikatakan bakal menarik perhatian para drifter apatah lag kereta ini mempunyai 532 bhp kuasa maksima dan tork 540 Nm hasil penggunaan enjin V10 5.2-liter FSI.

BACA: AUDI R8 V10 SPYDER COUPE GENERASI KEDUA

Pengunaan pacuan belakang menggantikan Quattro menyebabkan pecutan 0-100 km/j sedikit perlahan iaitu sekitar 0.3 saat tapi itu bukan satu masalah besar kerana ia dikatakan akan berkemampuan mengambil selekoh dengan lebih laju.

Malah ia juga adalah lebih ringan berbanding model Quattro. Bukan sedikit tetapi 50 kilogram lebih ringan menjadikan beratnya kini 1,590 kilogram. Bahagian lain masih sama dengan model Quattro khususnya pada bahagian luaran dan juga dalaman. Yang membezakannya hanyalah garisan merah yang memanjang dari hadapan sampailah ke belakang.

Memandangkan mereka berada di naungan syarikat yang sama, R8 ini dikatakan mengikut jejak langkah Lamborghini yang menawarkan varian Huracan LP 580-2 yang juga mengggunakan pacuan belakang.

Audi R8 ini juga merupakan model edisi terhad di mana hanya 999 unit akan dipasarkan di seluruh dunia dengan anggaran harga RM600,000. Ia bakal menjadikannya antara kereta drift paling mahal jika digunakan dalam perlumbaan drift.

GALERI:

Google ads
Back to top button