Buletin

AUTO SHANGHAI 2023: SUV PHEV HAVAL XIAOLONG, PENGGANTI H6, 99HP, JARAK GERAK EV 96KM

Great Wall Motors (GWM) mendedahkan sebuah lagi SUV PHEV iaitu Haval Xiaolong di Auto Shanghai 2023, selepas memperkenalkan Haval B07.

Dikenali dengan kod A07, model ini mempunyai dimensi 4,600mm panjang, 1,877mm lebar, 1675mm tinggi sementara jarak roda 2,710mm.

Dari luaran, ia menampilkan rekaan gril tertutup, lampu depan dan belakang berbentuk ‘T’ selain terdapat panoramic sunroof serta hiasan pada kemasan tingkap.

Model itu juga dilengkapi radar sisi dan sistem bantuan pemanduan lanjutan tahap 2.

Di dalam kabin, A07 hanya dimuatkan dua skrin paparan di papan pemuka, stereng tiga jejari, kemasan kuning/hitam. Sementara konsol tengah menerima ruang penyimpanan serta dua pemegang cawan.

Dari segi kuasa, A07 akan dilengkapi sistem hibrid plug-in DHT-PHEV yang terdiri daripada enjin 1.5 liter empat-silinder yang berupaya menghasilkan kuasa 99hp, sebuah motor elektrik dan pek bateri sama ada dengan unit 9.41 kWh, menawarkan jarak gerak 45km atau 19.27 kWh, jarak gerak sehingga 96km.

Untuk harga, tiada pendedahan rasmi dibuat oleh GWM setakat ini. Namun jika anda tertanya-tanya pengganti Haval 6, Haval A07 mungkin paling hampir.

GALERI:

Google ads
Back to top button