
GWM CYBERP!CKUP 6X6 PHEV BAKAL DILANCARKAN. 510HP/750NM, ASAS GUNA TRAK PIKAP SHANHAI CANON
Great Wall Motors (GWM) cuba membuatkan kita melupakan seketika Cybertruck Tesla apabila memperkenalkan CyberP!ckup di Shanghai Auto Show 2023.
Pikap pacuan enam roda ini mampu menakluki semua jenis keadaan jalan dengan rangkaian kuasa elektrik.
Model ini dibina oleh GWM dengan kerjasama Chaojing Motors, berasaskan trak pikap Shanhai Cannon.

Seperti yang boleh dilihat, ia menampilkan rim bersaiz 18-inci yang dibalut dengan tayar Cooper Discoverer 33-inci, selain dilengkapi suspensi heavy-duty serta penyerap hentakan nitrogen.
Selain bilangan roda, model itu turut menerima banyak pengubahsuaian visual, termasuk sambungan sportbar lebar, bampar depan dan belakang dengan corong kemasukan udara besar serta lampu LED seperti model Tank.
Perincian lain terdiri daripada gril jalur bercahaya, hud gentian karbon, tangga sisi dan ruang kargo di bahagian belakang.
Bahagian dalaman pula mengekalkan konfigurasi lima tempat duduk yang dipadankan bersama upholsteri berwarna terang dan kokpit digital.
CyberP!ckup dikuasakan oleh enjin 3.0 liter twin-turbo plug-in-hybrid, menghasilkan 510hp dan 750Nm tork. Kuasa itu kemudian dihantar ke semua enam roda dengan lima penguncian berbeza.
Menurut laporan, CyberP!ckup bakal berada di pasaran tidak lama lagi dengan tawaran dua versi iaitu 4×4 dan 6×6.
GALERI:












