
PERSIDANGAN GLOBAL 2023 GWM DI AUTO SHANGHAI DIHADIRI LEBIH 260 PENGEDAR – PERINCIAN TENTANG TENAGA BAHARU
Bertemakan NEW GWM NEW ENERGY, Persidangan Global 2023 dihadiri lebih 260 wakil pengedar GWM dari 60 negara dan wilayah.
Di persidangan tersebut, Presiden GWM, Mu Feng memberikan pengenalan terperinci mengenai pengembangan global GWM, Ekosistem Hutan serta perancangan strategik tenaga baharu jenama itu.
Mu Feng berkata GWM telah mengeluarkan deklarasi mengenai tenaga baharu kepada dunia iaitu GWM Intelligent NEV, Greener, Higher, Safer.

Jelasnya lagi, berdasarkan Ekosistem Hutan, GWM akan mengguna pakai model ‘ONE GWM’ selain merangka strategi untuk melaksanakan perancangan dalam pasaran global serta mencipta lebih banyak produk tenaga baharu.
Menurut GWM, majlis berkenaan adalah sebahagian tanda penghargaan kepada pengedar di seluruh dunia yang menjadi kekuatan jenama itu.
“Lawatan ke GWM memberi saya pengalaman penyelesaian tenaga baharu dan saya berharap dapat membawa kenderaan tenaga baharu kepada lebih ramai pelanggan tempatan secepat mungkin,” kata salah satu pengedar GWM.
Pengedar dari Australia, Afrika Selatan dan Brazil optimis tentang prestasi pasaran masa depan GWM.
Wakil pengedar percaya bahawa kualiti cemerlang, ciri mewah serta kelebihan tenaga baharu GWM diiktiraf oleh pengguna.
Untuk rekod, GWM mencatat jualan melebihi 170,000 unit di pasaran global pada tahun 2022, menyaksikan peningkatan sebanyak 21.28 peratus. Secara keseluruhan, ia adalah rekod tertinggi pernah dicatatkan GWM.
- BACA: PELABURAN GWM SEBANYAK RM3.6 BILION UNTUK PUSAT TEKNOLOGI HIDROGEN KIAN BERBALOI
- BACA: LIMA JENAMA GWM DEDAH MODEL TENAGA BAHARU DI AUTO SHANGHAI 2023
- BACA: GWM BUKA PUSAT PEMBELAJARAN EV DI KOLEJ TEKNIKAL CHONBURI – TINGKAT KEMAHIRAN PELAJAR VOKASIONAL
- BACA: GWM MALAYSIA BERI KEJUTAN KEPADA PELANGGAN TERAWAL ORA GOOD CAT – HANTAR DALAM KOTAK HADIAH LUTSINAR GERGASI!








