Buletin

AXIA MODEL TERLARIS PERODUA UNTUK Q1 – JUALAN 22K UNIT

Perodua hari ini mengumumkan bahawa ia optimis untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 202,000 unit kenderaan pada tahun ini. Angka itu bagaimanapun turun sedikit daripada 207,000 unit tahun lalu.

Keyakinan itu bersandarkan kepada jualan suku pertama yang mencecah 64,700 unit, meningkat 4.1 peratus berbanding 62,000 untuk tempoh sama tahun lalu.

P2 JUAL 108,500 UNIT KENDERAAN PADA 1H

Axia menjadi model terlaris dengan jualan dengan 22,000 unit. Diikuti oleh Bezza (19,500 unit), Myvi (13,900 unit) dan Alza sebanyak 9,300 unit.

“Berdasarkan kepada pengiraan dalaman, kami menganggarkan jumlah keseluruhan industri atau TIV bakal mencecah 182,800 unit kenderaan, naik 5.4 peratus berbanding 173,400 untuk tempoh sama tahun lalu.

“Dengan anggaran ini, kami menjangkakan perkongsian pasaran kami adalah 35.4 peratus,” jelas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button