
AYGO JBL EDITION IMPIAN BAGI AUDIOPHILE. DILENGKAPI SISTEM AUDIO PREMIUM
Pengeluar kereta Jepun, Toyota melancarkan versi baharu Aygo di pasaran Britain dikenali sebagai JBL Edition.
Boleh dikatakan model terbaharu ini bakal menjadi impian audiophile yang mendambakan sistem audio premium di dalam kenderaan mereka.
Dibangunkan JBL, ia dilengkapi sistem audio premium 600W dengan dua tweeter frekuensi tinggi 25 mm di atas panel instrumen.

Bagi memastikan pemandu dan penumpang merasai audio lebih padu, kereta terbaharu ini memiliki dua speaker 150 mm di bahagian pintu hadapan.
Di bahagian ruang tayar ganti pula, diselitkan subwoofer 160 mm bagi menggegarkan suasan jentera.
Mungkin ada yang takut, sistem audio premium ini, ‘menelan’ bateri, jangan risau kerana JBL Edition didatangkan bersama teknologi GreenEdge yang mampu menjimat tenaga.
Selain sistem audio premium, jentera ini hadir dengan warna kelabu (Electro Grey) dan kontra warna oren (Mandarin Pop) di bahagian bampar depan serta belakang.

Gandingan warna tersebut mendapat sentuhan di bahagian kabin termasuk di sekitar corong udara, gear dan tempat duduk menyerlahkan sisi elegan Aygo JBL Edition ini.
Bahagian tengah papan pemuka pula, terletak kemas lencana JBL di bawah sistem infotainmen.
Aygo JBL Edition menawarkan set roda aloi 15 inci twin-spoke berwarna hitam, tingkap privasi belakang, penyaman udara automatik dan bantuan pemanduan Toyota Safety Sense.
Edisi istimewa ini dijual pada harga AS$18,803 (RM78,023) bagi transmisi manual lima kelajuan manakala AS$ 19,733 (RM81,882) versi automatik. – carscoops
- BACA: TOYOTA LANCAR YARIS CROSS DI JEPUN. 2 PILIHAN ENJIN. BERMULA RM70,677
- BACA: TOYOTA CATAT PEMULIHAN JUALAN MENGAGUMKAN. BERADA DI TAHAP 84% BERBANDING TAHUN LALU
- BACA: SEJARAH TOYOTA CAMRY. SEDAN PALING LARIS DI AMERIKA SELAMA 17 TAHUN
- BACA: ALKISAH TOYOTA VOXY – INI BARU REAL BABY VELLFIRE
GALERI