Buletin

TOYOTA LANCAR YARIS CROSS DI JEPUN. 2 PILIHAN ENJIN. BERMULA RM70,677

Toyota mungkin membina crossover Yaris Cross berdasarkan kepada citarasa pengguna di Eropah. Tetapi model tersebut dikatakan sudah mula dijual di pasaran Jepun pada 31 Ogos 2020.

Kelihatan sama sepenuhnya seperti model Eropah, Yaris Cross dibina di atas platform TNGA (GA-B). Ia hadir dengan dua pilihan enjin iaitu 1.5 liter tiga selinder Dynamic Force untuk model asas dan hibrid. 

Mampu menjana kuasa mencecah 120PS dan ork 145Nm, enjin itu dipadankan dengan kotak gear Direct-Shift CVT bersama pacuan roda hadapan atau 4 roda  bersama fungsi Multi-terrain Select.

Toyota juga ada menawarkan model hibrid yang menggabungkan enjin petrol 1.5 liter dengan sebuah motor elektrik kecil dan bateri. Enjin itu berupaya menghasilkan kuasa sekitar 91PS dan tork 120Nm. Sementara motor elektrik itu pula berkuasa 80PS dan torn 141Nm. 

Varian hibrid didatangkan standard dengan FWD dan pilihan elektrik 4WD (E-Four) sebagai opsyen. Toyota mendakwa Yaris Cross hibrid menawarkan penjimatan bahan api sehingga 30.8km/l (3.2 liter/100km) berdasarkan kepada kitaran WLTC. 

 Ruang kabin dilengkapi paparan multi-info TFT warna LCD, Display Audio (DA) dan Data Communication Module (DCM) sebagai ciri standard. Bukan itu sahaja, jentera itu juga hadir dengan ciri ketersambungan SmartDeviceLink (SDL), Apple CarPlay dan Android Auto. 

Bagi pasaran Jepun, semua varian Yaris Cross dipasang dengan sistem keselamatan Toyota Safety Sense.

Ia merangkumi ciri-ciri seperti Full Speed Range Radar Cruise Control, Lane Tracing Assist (LTA), Adaptive Hi-beam System (AHS), Pre-collision Safety System, Low Speed Acceleration Control, Emergency Steering Assist dan Road Sign Assist (RSA).

Yaris Cross akan ditawarkan pada harga bermula 1.798 juta yen (RM70,677) untuk model asas ‘pakej B’ sehingga 2.8 juta yen (RM110,700) seunit. 

GALERI

Google ads
Back to top button