Artikel PilihanBuletin

BAGAIMANA NAK PERIKSA SENDIRI KERETA TERPAKAI SEBELUM BELI? (++VIDEO)

Kata orang, membeli kereta terpakai adalah satu perjudian. Benar. Kalau bernasib baik, dapat kereta yang elok, tak perlu dibaiki langsung dan boleh pakai bertahun lamanya tanpa sebarang penyelenggaraan.

Tapi lazimnya, ramai yang tertipu dengan kondisi luaran kereta. Dari luar nampak macam Neelofa, baru pakai sebulan rupa-rupanya enjin dah sampai tahap Titanic nak karam. 

BACA: 6 PERKARA PENTING SEBELUM BELI KERETA TERPAKAI

Nasib tak baik lagi, dapat pula kereta bekas kemalangan yang teruk. Dengan kemahiran kedai cat dan pembaikan badan sekarang, kereta yang dah hampir total lost pun boleh dibaiki dan kelihatan macam baru.

Sebab itu juga sebelum membeli kereta, yang paling penting ialah pemeriksaan awal. Paling bagus kalau dapat bawa mekanik yang berpengalaman sekali. Mekanik yang terer selalunya tengok suku mata pun dia dah macam ahli nujum, dah boleh tahu kereta tu barai ke tidak.

Tapi ada satu hal lagi yang mana bukan semua orang ada akses dengan mekanik. Bukan semua mekanik senang-senang nak tinggalkan bengkel dan korang pun satu, kalau mekanik tu kawan, hulur-hulurlah sikit duit minyak. Hargailah masa dan skill dia.

BACA: HARI SURAM INDUSTRI KERETA TERPAKAI

Sebenarnya, ada beberapa benda yang kita boleh periksa sendiri bila melihat kereta terpakai ni. Misalnya, bunyi dari enjin, kotak gear dan suspensi. Ia benda asas.

Namun perkara macam sambungan badan, kesan kimpalan dan tampalan agak susah.

Ini ada video pendek yang boleh dijadikan panduan untuk memeriksa sendiri kereta terpakai.

Google ads
Back to top button