Buletin

HARGA RUMAH MAHAL, TAPI DEPAN PINTU ADA TIANG HENTIAN BAS

Sebuah rumah di Staffordshire, England mencuri perhatian netizen kerana terdapat tiang tempat perhentian bas terpacak di hadapan pintunya. 

Menurut laporan akhbar Metro UK, rumah yang baru siap dibina itu disifatkan netizen sebagai mempunyai ‘jaringan pengangkutan awam terbaik’. Ini kerana ia ‘dilengkapi’ tiang tempat perhentian bas setinggi 3 meter sebaik sahaja penghuninya menjejakkan kaki ke luar rumah.

Jika tiang itu terus dibiarkan di situ, ia akan memudahkan bakal pemilik kediaman tiga tingkat tersebut untuk menaiki bas bernombor 2, 21 dan 21E selain bas perkhidmatan Burton bernombor 22.

Terletak di Jalan Utama di Stapenhill, rumah yang dibina lengkap dengan ruang parkir itu diiklan untuk diijual pada harga £174,950 (RM1 juta).

Menurut seorang penduduk setempat, Jane Evans, dia melihat iklan jualan rumah tersebut. Dia mendapati ia sebuah kediaman yang sempurna, cuma ada sebatang  tiang tempat perhentian bas di hadapan pintu rumah.

“Teman lelaki sangkakan saya bergurau sehinggalah dia melihat sendiri rumah itu. Memandangkan dia perlu menaiki bas untuk pergi kerja, jadi saya katakan bahawa dia tidak ada alasan lagi untuk lambat ke tempat kerja,” kata Evans.

Syarikat perkidmatan bas tempatan, Midland Classic memberitahu tiang perhentian bas itu sudah berada di lokasi berkenaan sebelum rumah tersebut dibina. – Agensi 

Google ads
Back to top button