
BAPA LEMAS SELEPAS SELAMATKAN ANAK BERUSIA 5 TAHUN DARIPADA TENGGELAM
Seorang lelaki ditemukan lemas ketika menyelamatkan anaknya berusia lima tahun selepas kereta Myvi miliknya jatuh ke sungai Kampung Imbahan, Putatan, Sabah.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, mangsa dikatakan memancing di tebing sungai, manakala anaknya berada dalam kenderaan kenderaan dengan keadaan enjin dihidupkan.
Tambah beliau lagi, kenderaan terbabit tiba-tiba bergerak sebelum jatuh ke dalam sungai.

“Mangsa, Lasibi Lawahidu, 40-an, segera terjun dan sempat mengeluarkan anaknya, berusia 5 tahun, dari kenderaan itu dengan dibantu seorang lelaki yang kebetulan memancing berhampiran.
“Bagaimanapun, sebaik lelaki terbabit menyambut kanak-kanak itu, mangsa dikatakan hilang dari pandangan dan dipercayai tenggelam,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Rony Sikawan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.53 petang.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kota Kinabalu.
“Anak mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk rawatan lanjut,” jelas Rony Sikawan.
Pasukan penyelamat SAR, bagaimanapun berjaya menemukan mangsa, sehari selepas kejadian, dalam keadaan terapung pada jarak 300 meter dari lokasi di mana mangsa dilihat tenggelam.
“Mangsa telah kita keluarkan dari sungai dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut,”
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut. – Yahoo! News
- BACA: TIDUR DENGAN TENANG SELEPAS KEMALANGAN, PEMANDU DAN PENUMPANG RUPANYA POSITIF DADAH
- BACA: AXIA TERBAKAR AKIBAT KEMALANGAN, MANGSA NYARIS MAUT
- BACA: KEMALANGAN LIBATKAN LAMBORGHINI AVENTADOR ULTIMAE ROADSTER DAN ULTIMAE COUPE – MASAKLAH PEMANDU VALET YANG TERBABIT
- BACA: JURURAWAT ULANG-ALIK NAIK MOTOSIKAL 100KM SETIAP HARI MAUT KEMALANGAN







