
LEXUS DEDAH GAMBAR ACAH LBX SERBA BAHARU, DEBUT 5 JUN INI – JANA KUASA 114HP
Lexus baru-baru ini mendedahkan gambar acah bagi model serba baharu yang dikenali sebagai LBX atau Lexus BX.
Menurut laporan, model serba baharu ini bakal melakukan debut pada 5 Jun 2023. Meskipun tarikhnya sangat dekat dengan pelancaran, Lexus bagaimanapun hanya mendedahkan butiran begitu terhad.
Pertama sekali adalah nama LBX itu sendiri kerana ‘X’ menunjukkan bahawa model ini merupakan barisan jenama crossover termasuk GX, RX, NX, UX dan TX, manakala ‘B’ pula memposisikan kedudukannya dalam pasaran segmen B (atau sub-kompak).

Untuk rekod, LBX dibina di atas platform GA-B dan mempunyai dimensi 4,180mm (panjang), 1,765mm (lebar) serta 1,560mm (tinggi).
Seperti kita boleh lihat, gambar acah hanya menunjukkan gril seakan Lexus RX, lampu depan LED yang disambungkan melalui jalur krom sementara bahagian belakang menerima lampu LED lebar penuh seperti cermin mata hitam.
Dari segi kuasa, LBX serba baharu bakal dipacu oleh enjin tiga silinder 1.5 liter hibrid berkuasa 114hp, tork 120Nm dan dipadankan bersama transmisi CVT.
Untuk butiran lebih lanjut, kita hanya perlu menunggu sehingga 5 Jun bagi mengetahui spesifikasi rasmi Lexus BX.
- BACA: LEXUS RX 350 LUXURY 2023 KINI DI MALAYSIA. 2.4L TURBO, 279PS/430NM, WARNA METALIK TEKNOLOGI SONIC, BERMULA RM469K
- BACA: LEXUS LM 2024. HIBRID TURBO 2.4L DAN 2.5L, KONFIGURASI 4, 6 & 7 TEMPAT DUDUK, SKRIN 48″
- BACA: LEXUS, GENESIS, KIA JENAMA PALING DIPERCAYAI TAHUN 2022 – J.D. POWER
- BACA: LEXUS BUAT EKSPERIMEN, KERETA EV DENGAN GEAR MANUAL TIPU-TIPU SUNAT