Buletin

PETANI ANGKUT PADI GUNA ‘LAMBORGHINI’. POWER KE TAK POWER?

Seorang petani di Aceh, Indonesia menjadi viral apabila mengangkut padi menggunakan jentera ‘Lamborghini’.

Bagaimanapun, pandangan dari dekat mendapati kereta mewah itu sebenarnya replika yang diubah suai daripada sebuah motosikal jenis Yamaha Vixion.

Klip video yang dimuat naik di laman YouTube oleh pemilik akaun bernama EJ LAMBO 22 menunjukkan petani itu menuai padi bersebelahan sebuah kereta Lamborghini berwarna jingga.

Replika mirip kereta Lamborghini sebenar itu mengundang respons ramai pengguna media sosial yang rata-rata kagum dengan rekaannya.

Replika Lamborghini milik petani yang tidak diketahui identitinya itu turut dilengkapi de­ngan dua tempat duduk. – agensi

Google ads
Back to top button