DUCATI CATAT REKOD 2022, JUALAN LEBIH 60 RIBU, MULTISTRADA PALING LAKU!
Di dalam dunia motosikal, Ducati berada pada satu aras yang berbeza. Ducati bukan jenama kebanyakan namun mempunyai ramai peminat dan diperakui melalui jualan yang tinggi.
Ducati juga telah menunjukkan kejayaannya di dalam kedua-dua perlumbaan kelas perdana iaitu Kejohanan Dunia Superbike dan MotoGP.
Satu lagi kejayaan Ducati apabila mencatatkan jualan terbaik di dalam sejarah dengan menyerahkan 61,562 unit motosikal kepada pelanggan di serata dunia.
Jumlah itu meningkat 3.6 peratus berbanding 2021 dan buat kali pertama melepasi angka 61 ribu unit.
Walaupun jauh berbanding pengeluar lain dan seperti yang dikatakan Ducati bukan untuk semua kategori pengguna dan sebuah unit motosikal dijual pada harga tinggi.
Pasaran terbesar Ducati pada 2022 semestinya di negara kelahirannya Itali dengan 9,578 unit atau sepuluh peratus peningkatan berbanding 2021.
Amerika Syarikat berada di tempat kedua dengan 8,441unit dan menurun enam peratus berbanding 2021 yang berpunca daripada isu logistik dan kelewatan dalam penghantaran ke luar negara.
Jerman pula merupakan pasaran ketiga terbesar dengan 6,678 unit diserahkan kepada pelanggan atau peningkatan sebanyak sembilan peratus berbanding 2021.
Dari segi model, Multistrada V4 paling diminati Ducatisti dengan 10,716 serahan dan Monster di tempat kedua sebanyak 7,971 unit dan disusuli Scrambler 800 sebanyak 6,880 unit.
Selain rekod jualan, Ducati mempunyai 821 pengedar sehingga penghujung 2022 dan jumlah terbesar di dalam sejarah.
Di antara pasaran baharu ialah Brunei, Ecuador, El Salvador dan Mongolia yang membentuk 96 pasaran di serata dunia.
Bagi model 2023, Ducati telah memperkenalkan lima model baharu termasuk Multistrada V4 Rally dan Diavel V4 yang memenangi anugerah Most Beautiful Bike of the Show pada pameran EICMA.
Ducati juga memperkenalkan Scrambler generasi kedua.
BACA: DUCATI PERKENAL STREETFIGHTER 2023, V4, V4 S DAN V4 SP2 SEKALIGUS!
BACA: DUCATI STREETFIGHTER V4 LAMBORGHINI, TAK ADA LAMBO PUN BOLEH BELI!
BACA: DUCATI PANIGALE V4 2023 DAPAT PAKEJ ELEKTRONIK BAHARU!