MINIVAN TIBA-TIBA ‘TERBANG’ DI UDARA. ADA TANGAN GHAIB KE?
Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menakutkan muncul di Jepun apabila sebuah minivan berwarna putih yang sedang bergerak ‘terangkat’ di laluan jalan raya akibat dibadai ribut.
Menurut keterangan video dimuatnaik di Twitter, kejadian berlaku berhampiran Taman Gifu di bandar Gifu berdekatan Nagoya, Jepun.
Ia menunjukkan sebuah minivan berwarna putih sedang mengambil selekoh secara tiba-tiba ‘terangkat’ di bahagian belakang sebelum bahagian hadapan kenderaan dilimpahi air.
Kalau menonton video berkenaan buat pertama kali, kita akan terpinga-pinga dan tertanya mengapa minivan tersebut boleh ‘terangat’. Ia seolah-olah ditarik ‘tangan ghaib’ ke udara.
Kejadian mungkin disebabkan longkang bencana yang terdapat di bawah jalan raya itu dinaiki air sehingga melimpah sekali gus mengakibatkan tekanan udara terkumpul menolak minivan ‘terbang’ di udara.
Bagaimanapun, agak pelik apabila diperhatikan betul-betul video berkenaan terdapat tangga terbang keluar dari lubang longkang itu. – carscoops