BuletinMotosikal

BEKAS PELUMBA MOTOGP KECAM AKSI BERBAHAYA MARQUEZ DI ARGENTINA

MotoGP Argentina semalam berlalu dengan pelbagai insiden dramatik. Sejak dari petak grid lagi dengan perlumbaan yang ditunda akibat cuaca, kemudian Marc Marquez yang didenda penalti ride through kerana melanggar peraturan pusing balik ketika enjinnya mati di petak permulaan.

Kemudian, aksi-aksi berbahaya Marquez yang mengundang kecaman ramai. Aksi yang paling agresif berlaku bila beliau melanggar siri Rossi dan menyebabkan The Doctor terbabas.

Walaupun ramai yang menganggap ia adalah lumrah perlumbaan, namun bagi kebanyakan pemerhati sukan motor, tindakan agresif Marquez itu sudah keterlaluan.

BACA: MARQUEZ DAH ROSAKKAN PELUMBAAN-ROSSI

“Dia kelihatan tidak hormat pada pelumba lain,” ujar James Toseland, bekas pelumba MotoGP yang memberi pendapat ketika diminta mengulas insiden semalam.

Pada keadaan litar yang lembap dan basah dan kelajuan tinggi, Marquez dalam satu tindakan berani cuba menyerang sudut selekoh yang terhad dan sebenarnya ia antara selekoh yang berbahaya di litar Termas De Rio Hondo.

kredit foto autosport

Beliau berlaga dengan Rossi dan menyebakan motosikal The Doctor hilang kawalan lalu terbabas di luar selekoh ke-13.

Marquez kemudiannya didenda 30 saat akibat perbuatannya itu. Selepas tamat perlumbaan, beliau terus ke pit Rossi untuk meminta maaf dan tindakan tersebut  dianggap Toseland sebagai “pertunjukan selepas perlumbaan”

BACA: HAFIZH MENYINAR DI MOTOGP ARGENTINA!

Neil Hodgson, bekas pelumba MotoGP memberitahu bahawa Marquez memang “angkuh” dalam perlumbaan semalam.

“James betul, Marquez ada kelebihan pada perlumbaan ni. Motosikal Hondanya bagus dan beliau berjaya rapatkan jurang masa hampir 1 saat pada setiap pusingan. Tapi kerana itu juga, beliau menjadi angkuh. 

“Tidakkah dia fikir litar dalam keadaan basah dan lembap? Semua orang nampak, ia kondisi litar perlumbaan yang tak sempurna.

“Marquez kemudian ke kem Yamaha-Rossi untuk meminta maaf. Ia bukanlah perkara yang anda nak lakukan ketika semua orang sedang marah. Apa lagi di depan kamera. Dia sepatutnya minta maaf kemudian, di belakang tabir.”

Bekas pelumba Yamaha MotoGP Colin Edwards menambah “Marquez bercakap tentang risiko dalam perlumbaan, tapi dia tak fikir risiko pelumba yang dilanggar? Ini tak masuk akal.”

Google ads
Back to top button