BENGANG CERMIN SISI DIPUKUL, PEMANDU TESLA LANGGAR PENUNGGANG MOTOSIKAL
Akibat bertindak keterlaluan memukul cermin sisi sebuah kereta, seorang penunggang motosikal dilanggar di Lebuhraya Sprint di sini pada Isnin.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintenden Suffian Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku jam 8.30 pagi semasa penunggang motosikal menunggang di lorong paling kanan di lebuh raya tersebut.
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong tengah ke lorong kanan menyebabkan penunggang motosikal terhimpit ke kanan jalan.
“Penunggang motosikal yang merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun telah bertindak memukul cermin sisi sebelah kanan kereta tersebut dengan tangan.
“Akibat kejadian itu, pemandu Tesla tersebut telah bertindak menghimpit penunggang motosikal sehingga terjatuh,” katanya.
Kata beliau, ekoran kemalangan itu penunggang motosikal mengalami kecederaan luka di tangan, lutut dan kaki.
Tambah beliau, penunggang motosikal telah mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987. – Sinar Harian
- BACA: VOLKSWAGEN GOLF GTI 2024 MULA DITAWARKAN, KUASA BERTAMBAH, 44,505 EURO (RM227 RIBU)
- BACA: PORSCHE 911 2025 BAKAL DILANCARKAN – KALI INI DENGAN NADI HIBRID
- BACA: ISUZU D-MAX 2024 DILANCARKAN, LIMA VARIAN, JANA 190PS – HARGA BERMULA RM98K
- BACA: CFMOTO 800MT VARIAN ENDURO DIDEDAHKAN – RIM 21-INCI, 95HP