Buletin

BERKETERAMPILAN ‘SEMPOI’ KENA REJECT MASUK KEDAI. PERGI KEDAI LAIN BELI SUZUKI S-PRESSO SECARA TUNAI

Seorang warga emas berusia 80 tahun menjadi viral di media sosial selepas membeli Suzuki S-presso dengan keterampilan sempoi sahaja.

Terdahulu lelaki terbabit yang dikenali sebagai Manuel Almere tidak dibenarkan memasuki pusat jualan kenderaan didakwa kerana berketerampilan terlalu ‘sempoi’.

Melalui hantaran Eksekutif Jualan Kenderaan di Lanang, Bandar Davao, Filipina, Love Dorego, lelaki tersebut telah membeli kenderaan baharu di pusat jualan kenderaan yang dia bekerja.

Dalam hantaran pada 17 Mei lalu, Dorego berkata, Almere yang merupakan seorang pesara profesor madya tidak dibenarkan memasuki premis terdahulu kerana penampilannya.

“Dia berkata tidak dibenarkan masuk kerana penampilan dengan memakai baju lusuh dan lama, kasut usang serta berlubang dan penutup muka kotor,” tulis hantaran itu.

Bagaimanapun, syarikat yang Dorego bertugas tidak memilih pelanggan dan melayan sesiapa sahaja berminat untuk membeli kenderaan.

“Dia memasuki pusat jualan di Lanang tetapi kami tidak teragak-agak untuk bertanya unit mana lelaki itu berminat,” katanya.

Almere telah membeli Suzuki S-presso dengan membayar secara tunai  P593,000 (RM49,201).

Pada mulanya, Almere bercadang membeli motosikal tetapi disebabkan usianya semakin meningkat mengambil keputusan mendapatkan Suzuki S-presso. – yahoo news

Google ads
Back to top button