Motosikal

SUZUKI NAK TARIK DIRI DARIPADA MOTOGP?

Suzuki dikhabarkan bakal meninggalkan sukan permotoran berprestij MotoGP pada penghujung tahun ini.

Perkhabaran tersebut agak mengejutkan apatah lagi apabila pelumba pasukan Suzuki, Joan Mir menamatkan saingan musim 2021 pada kedudukan ke-3.

Seorang lagi pelumba Alex Rin pula menunjukkan prestasi terbaik pada permulaan musim ini.

Bagaimanapun, pengeluar Jepun itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penarikan diri daripada MotoGP.

Jika khabar angin berkenaan sahih, ia bukanlah pertama kali pasukan Suzuki meninggalkan MotoGP.

Pada tahun 2011, Suzuki telah memberhentikan operasi MotoGP dengan memaklumkan : “keadaan sukar terutama berikutan kemelesetan berpanjangan di negara maju, kejatuhan Yen dan bencana alam berulang”.

Suzuki melakar kejayaan tertinggi dalam MotoGp apabila Joan Mir merangkul Kejuaraan Pelumba pada tahun 2020. –ridepart

Google ads
Back to top button