
SUZUKI BANGUNKAN JIMNY 5 PINTU. BAKAL DILANCARKAN DI INDIA TAHUN 2021
Suzuki kini dilapor sedang sibuk membangunkan versi Jimny lima pintu yang dijangka diperkenalkan ke pasaran India pada tahun 2021.
Memetik laporan Autocar India, projek SUV yang mempunyai kabin lebih besar dan tapak roda lebih panjang itu dibuat untuk disasarkan kepada golongan pembeli yang sudah berkeluarga. Ia bakal memasuki saluran pengeluaran pada Disember depan.
Jimny lima pintu menggunakan enjin 1.5 liter K15B berkuasa 104.6hp dan ditawarkan pada harga sekitar AS$13,350 (RM58,000) seunit. Enjin sama turut dipasang pada beberapa model Suzuki termasuklah Ciaz, Ertiga dan Vitara Brezza.

Bagi meneruskan keupayaannya mengharung laluan -off-road ,Jimny akan dibina di atas kerangka jenis ladder, gandar yang kukuh, pacuan empat roda dan transfer case jarak rendah.
Anak syarikat Maruti Suzuki yang bertanggungjawab ke atas aspek pengilangan akan meneruskan produksi Jimny tiga pintu di kilang di Gujarat bermula Jun 2020 bagi pasaran eksport. Enam bulan kemudian saluran pengeluaran itu akan memasang pula Jimny lima pintu untuk pasaran yang tidak didedahkan.
Maruti dilapor akan memasarkan Jimny lima pintu di pengedar premiumnya, Nexa.
Di pasaran India, Jimny baharu bersaing secara langsung dengan model-model seperti Force Gurkha dan Mahindra Thar. Ia juga dilihat sebagai alternatif kepada Vitara Brezza.
- BACA: SUZUKI BINA KILANG BAHARU DI MYANMAR. KAPASITI PRODUKSI 40,000 UNIT SETAHUN
- BACA: SUZUKI SWIFT SPORT 2020. MILD-HYBRID, KURANG 10HP, TRANSMISI MANUAL & LEBIH JIMAT
- BACA: SUZUKI LANCAR CARRY LUXURY DI INDONESIA. APA YANG MEWAHNYA TRAK PIKAP KECIL NI?
- BACA: NAZA BAWA SUZUKI KEMBALI KE MALAYSIA. KITA BOLEH BELI SWIFT, JIMNY DAN VITARA!