Artikel Pilihan

BICARA TEKNIKAL: BAGAIMANA X-MODE SUBARU BERFUNGSI

Antara keistimewaan yang ada pada Subaru ialah enjin boxer, pacuan semua roda dan juga jika anda tidak keberatan anda boleh cuba meredah permukaan jalan yang mencabar dengan fungsi X-Mode. Walaupun Subaru bukanlah kenderaan pacuan empat roda yang dilengkapi dengan transfer case, namun Subaru masih lagi berupaya meredah jalan tidak berturap dan mengekalkan keselesaan sebuah crossover. Siapa biasa pandu pikap tahulah macam mana rasanya kan.

Fungsi X-Mode ini membolehkan Subaru mengharungi jalan yang lebih mencabar dengan bantuan jarak kelegaan bumi yang lebih tinggi walaupun dilengkapi transmisi CVT. Katakanlah anda nak redah masuk ke tempat perkelahan yang lebih jauh sikit ataupun nak masuk ke kebun durian musang king anda. Subaru senang senang saja boleh pergi. Tapi kalau anda nak daki puncak Kinabalu dengan Subaru, mungkin anda boleh cuba kereta lain seperti kereta terbang atau karpet terbang

Nanti ada orang musykil, CVT ni cukup kuat ke kalau nak main off road sikit-sikit. Butang X-Mode ini ada di sebelah bawah tombol gear. Tekan saja butang X-Mode ini dan ini sebenarnya akan terjadi.

1. Engine Mapping – tanpa X-Mode enjin akan beroperasi seperti biasa menghantar tork secara beransur ansur. Sebaik sahaja X-Mode diaktifkan tork akan dihantar secara biasa pada RPM rendah namun pada RPM yang tinggi Tork lebih tinnggi akan dihasilkan. Pedal minyak makin sensitif pada bahagian hujung

2. Parameter CVT berubah dan ECU akan memastikan ratio yang dihasilkan sentiasa tinggi. Ini akan menggandakan tork dari enjin dan sampai pada tayar bagi memudahkan crossover Subaru melalui jalan mencabar dengan mudah. Hasilnya pemandu akan rasa enjin amat bertenaga dan mudah melalui jalan walaupun tekan pedal minyak sedikit saja

3. Center Differential akan menerima arahan daripada ECU supaya beroperasi pada permukaan off road berbanding jalan biasa. Pada operasi biasa, Center Differential akan meminimakan penghantaran kuasa pada semua roda untuk menjimatkan petrol. Namun dalam fungsi X-Mode, differential akan sentiasa bersedia menghantar tork pada mana-mana roda yang ada cengkaman jika ia mengesan tayar lain kehilangan cengkaman.

4. Subaru menamakan sistem brek yang menstabilkan kenderaan mereka sebagai Vehicle Dynamic Control. VDC akan menghantar kuasa brek secara individu pada mana -mana tayar yang kehilangan cengkaman. Dalam X-Mode sistem ini akan menjadi lebih sensitif dan akan menghantar kuasa brek lebih awal. Lebih cepat sistem brek, lebih cepat sistem akan menghantar tork pada tayar yang ada cengkaman

5. Kawalan Menuruni Bukit atau Hill Decent Control akan diaktifkan secara automatik sebaik shaja X-Mode diaktifkan. Fungsi ini akan mengambil alih kawalan brek dan pedal minyak bagi menyenangkan pemandu mengawal steering dengan lebih mudah dan tenang.

6. Fungsi Snow/Dirt Mode – jika diaktifkan ia akan mengelakkan tayar dari spinning atau berputar laju. Jika keadaan sedemikian terjadi tayar akan kehilangan cengkaman

7. Deep Snow / Mud – jika diaktifkan akan membenarkan tayar spinning bagi memberikan momentum pada kereta dimana tayar spinning membenarkan momentum berlaku dan kereta terus bergerak ke walau jalan berselut.

Tags
Google ads
Back to top button