Buletin

SUBARU DAN TOYOTA BAKAL BANGUNKAN HOT HATCH PADA TAHUN 2022. GUNA ENJIN BOXER, PACUAN AWD

Subaru dan Toyota dilapor akan bekerjasama sekali lagi untu menghasilkan sebuah hat hatch dengan pacuan roda AWD. Sebelum ini, Subaru dan Toyota pernah berkolaborasi untuk menawarkan model BRZ dan GT86. 

Menurut laporan media Jepun Best Car, kedua-dua pengeluar kenderaan Jepun itu bakal membina sebuah jentera WRC baharu yang dijangka melakukan debut pdada tahun 2022. Saiz kereta itu dikatakan hampir sama dengan model Subaru Impreza. 

Harus tahu bahawa sistem AWD yang digunakan itu sangat berbeza dengan sistem pacuan 4WD yang dipasang pada GR Yaris. 

Hat hatch itu jug akan didatangkan dengan bentangan enjin horizontal. Sama ada enjin Boxer itu akan dipasang pada model lain Toyota masih belum dapat dipastikan. 

Projek tersebut hadir apabila Toyota membeli 20 peratus saham Subaru pada tahun 2019. 

Google ads
"
"
Back to top button