Buletin

BIKIN REPLIKA TRANSFORMERS GUNA KOMPONEN KERETA TERPAKAI

Sekumpulan anak muda di Baoding, wilayah Hebei, utara China membina replika Transformers dengan menggunakan komponen kereta terpakai.

Rekaan terbesar mereka merupakan Optimus Prime yang mempunyai ketinggian lebih 12 meter.

Dalam rakaman video yang menjadi viral di media sosial, menyaksikan replika Bumblebee berubah bentuk daripada kereta menjadi robot besar sama seperti siri fiksyen berkenaan.

Salah seorang daripada anak muda itu, Quan Likun, berkata mereka tidak mengeluarkan modal besar sebaliknya hanya menggunakan bahagian kereta yang sudah usang sebagai bahan utama.

“Bahan itu kami padankan bersama beberapa plat yang direka khas berdasarkan filem itu sebelum dipotong dan dikimpal.

“Ia nampak macam mudah, tetapi sebenarnya paling sukar apabila kita perlu memastikan pergerakan model dan arahan menyeluruh sebelum mendapatkan hasilnya yang terbaik,” katanya yang berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang rekaan replika.

Dalam pada itu, ramai netizen yang memuji hasil karya kumpulan pemuda berkenaan.

“Ini sesuatu yang sangat mengagumkan. Impian mereka ketika kecil akhirnya menjadi kenyataan,” kata seorang netizen. -agensi

Google ads
Back to top button