Buletin

BILA CIVIC NAIK ATAS MERCEDES DI RUANG PARKIR

Sebuah kereta Honda berada di atas sebuah kereta Mercedes di tempat meletak kenderaan di sebuah pusat beli-belah di Hurstville, selatan Sydney pada Khamis.

Perkhidmatan kecemasan diminta datang ke pusat beli-belah itu selepas kejadian tersebut berlaku dan kemudian mendapati kereta mewah tersebut tersangkut di bawah sebuah kereta Honda Civic.

Pemandu Honda tersebut dilapor melanggar pintu pagar menyebabkan kenderaan itu melambung ke atas kereta yang diparkir di sana.

Polis percaya pemandu Honda Civic itu melanggar pintu pagar yang menyebabkan kenderaan itu melambung di atas Mercedes berkenaan.

Dalam kejadian itu, anggota-anggota paramedik merawat seorang lelaki berusia 50-an sebelum dia dibawa ke sebuah hospital kerana mengalami kecederaan ringan. – Agensi

Google ads
Back to top button