Artikel Pilihan

BMW HASILKAN LAMPU DEPAN DI DALAM JERIJI BUAH PINGGANG. SIAP BOLEH UBAH WARNA

Jika anda rasakan BMW pergi terlalu jauh dengan menghasilkan rekaan jeriji depan yang terlalu besar, mungkin anda telah silap. Ini kerana BMW telah menghasilkan satu lagi paten rekaan terbaru dimana jeriji depan kereta BMW boleh digunakan untuk menyembunyikan lampu depan utama

Lampu yang diintegrasikan dalam jeriji ini bukan sahaja boleh berubah warna, malah boleh diaktifkan sebagai satu sistem lampu depan adaptif yang boleh merubah arah cahaya lampu agar tidak menyilaukan pemandu yang berada di arah bertentangan.

Dalam satu apten yang ditemui di World Intellectual Property Organization (WIPO) menunjukkan beberapa gambarajah rekaan jeriji depan yang baru bagi menggantikan rekaan jeriji besar yang sedia ada. Besar kemungkinan jeriji dengan lampu depan ini akan digunakan buat pertama kali pada BMW i7 bagi model facelift.

Jika rekaan lama menggunakan lampu depan dan jeriji dalam 2 komponen yang berbeza, rekaan baru ini menggunakan rekaan dengan permukaan yang licin merangkumi unit lampu dan jeriji depan. Salah satu perkara yang membolehkan rekaan ini dibuat ialah kereta elektrik tidak memerlukan aliran udara yang banyak, membolehkan jeriji tadi ditutup sepenuhnya

Jika difikarkan secara logik, rekaan terbaru ini adalah lebih baik daripada menutup terus lubang udara dengan sekeping plastik semata-mata. Antara elemen rekaan yang selalu diketengahkan oleh BMW ialah rekaan jeriji depan, jika ia harus ditutup dengan sekeping plastik, lebih baik ia dijadikan fungsi lampu dan jeriji dalam satu masa

Malah rekaan sebegini membenarkan jurutera memasang sistem radar dan juga sensor pada kedudukan yang lebih baik, memandangkan sistem pemanduan automatik akan menjadi satu kebiasaan bagi kenderaan yang mewah seperti BMW

Google ads
Back to top button