Buletin

HONDA JEPUN TUTUP TEMPAHAN CIVIC TYPE R, LAKU SANGAT NI BRUH!

Berita buruk bagi pelanggan yang mahu mendapatkan sebuah Civic Type R di Negara Matahari Terbit.

Disebabkan permintaan yang sangat tinggi dan masalah ketidaktentuan bekalan yang berlarutan, Honda Jepun tidak lagi menerima tempahan model tersebut buat sementara waktu.

Dalam laman web Civic Type R pasaran Jepun, Honda memaparkan mesej memohon maaf di atas langkah terbaharu yang dibuat itu.

“Sejak Civic Type R dilancarkan, ia telah mendapat sambutan memberangsangkan oleh pelanggan, dan kami menerima jumlah tempahan yang agak besar.

“Disebabkan impak pandemik coronavirus, masalah kekurangan semikonduktor yang kronik, ketidakstabilan bekalan sumber dan kelewatan logistik, amat sukar untuk kami meramal masa depan model ini. Untuk memastikan penghantaran Civic Type R kepada pelanggan yang sudah menempah, kami terpaksa menutup sementara tempahan.

Semenjak kilang Civic Type R di Swindon, UK ditutup selama-lamanya, produksi Civic Type R kini dipindahkan ke Jepun.

Ini menjadikan Honda Civic Type R FL5 ini model Type R yang pertama dihasilkan di Jepun untuk pasaran global.

Google ads
Back to top button