
PESAWAT QATAR AIRWAYS NYARIS LANGGAR BELON IKLAN DI BRAZIL
Penumpang sebuah pesawat Qatar Airways berdepan saat cemas apabila hampir berlanggar dengan sebiji belon hanyut ketika mahu melakukan pendaratan di Brazil, lapor akhbar The Sun UK.
Kemunculan belon itu memaksa juruterbang untuk membelokkan pesawat ke kanan bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemalangan.
Rakaman momen dramatik yang diambil oleh salah seorang penumpang bernama Denio Costa menunjukkan belon tersebut berada sangat dekat dengan sayap kiri pesawat. Juruterbang Boeing 777 yang berlepas dari Doha terpaksa membuat gerakan mengelak apabila pesawat itu menghampiri landasan lanjutan di Sao Paulo, Brazil.
Seorang penduduk tempatan, Rafael Freitas pula berjaya merakam gambar belon itu ketika ia terbang hampir dengan pesawat.
Jurucakap Qatar Airways memaklumkan penerbangan QR779 berjaya mendarat dengan selamat.
“Kapten pesawat telah memfailkan laporan berikutan kejadian itu yang kini disiasat oleh pihak berkuasa Brazil,” tambah jurucakap berkenaan.
Imej belon itu menunjukkan ia tidak tidak diikat dengan tali atau tanpa pemandu serta memaparkan sepanduk pengiklanan.
Melepaskan belon tanpa pemandu merupakan satu jenayah di Brazil. – Agensi
- BACA: PENYOKONG CEDERA. AKTIVIS ‘TERBANG’ MASUK STADIUM SEBELUM TIUP WISEL EURO 2020 PERANCIS VS JERMAN
- BACA: KERAJAAN ITALI RAMPAS ASET RM483 JUTA MILIK NIKITA, DMITRY MAZEPIN
- BACA: PENUNTUT MAUT JATUH BELON UDARA PANAS PADA KETINGGIAN 10 METER
- BACA: 5 MAUT BELON UDARA LANGGAR KABEL ELEKTRIK, TERHEMPAS DI JALAN ALBUQUERQUE





