Buletin

BMW M2 COMPETITION – MILIKI DENGAN BAYARAN BULANAN BERMULA RM7,158

BMW Malaysia baru-baru ini melancarkan model BMW M2 Competition baharu ke pasaran Malaysia.

Jentera berprestasi tinggi itu ditawarkan pada harga RM626,800 seunit dengan empat pilihan warna iaitu putih, hitam perak dan biru metalik.

Melalui ‘Balloon Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW M2 Competition boleh anda dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula RM7,158 (pinjaman sebanyak 80% untuk lima tahun).

BMW M2 Competition dibina di atas legasi BMW 2002 Turbo untuk menawarkan sebuah jentera tulen kepada mereka yang gemarkan kuasa. Buktinya, ia berjaya melengkapkan pusingan pecutan dalam masa 7:54 minit di litar lagenda, Nurburgring Nordschleife.

Lebih menarik lagi, sedan dua pintu itu dipilih sebagai pemenang acara Automobile All-Stars pada Mac lalu.

Sedan dua pintu itu dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris dengan M TwinPower Turbo Technology.

Turut digunakan pada BMW M3 dan BMW M4, ia mampu menjana kuasa 410hp dan tork 550Nm, selain dapat memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 4.2 saat.

Kuasa membrek diserahkan pula kepada brek M Compound yang hadir dengan angkup brek berwarna biru metalik. Ia dapat dilihat dengan jelas di sebalik rim aloi ringan M bersaiz 19 inci jejari berkembar 437 M itu.

Penampilan jentera itu diserlahkan oleh Gril ‘kidney’ BMW bersaiz besar dengan kemasan hitam berkilat. Ia kemudian diapit oleh sepasang lampu LED yang nipis.

Bahagian pula dipasang dengan skirting bersama corong pengambilan udara yang telah diubah suai  untuk mengoptimum aliran udara.

Anda mudah mengenali model ini dari arah belakang dengan sistem ekzos berkembar berwarna hitam. Sementara dua flap yang dikawal secara elektrik memastikan BMW M2 Competition dapat memberikan bunyi BMW M yang tersendiri.

Pemandu boleh mengawalnya dengan memilih mod pemanduan menggunakan M Dynamic Performance Control melalui suis di konsol tengah.

Masuk ke dalam kabin, anda akan disambut oleh rekaan ruang dalaman yang ringkas, tipikal sebuah BMW. Papan pemuka dihuni oleh skrin sentuh bersaiz 8.8 inci dengan sistem Navigation Professional.

Bagi mereka yang mementingkan kualiti audio, sistem bunyi Harman Kardon pasti dapat memuaskan hati.

GALERI

Google ads
Back to top button