Motosikal

QUARTARARO JUARA MOTOGP DUNIA

Fabio Quartararo dinobat sebagai juara MotoGP dunia selepas pencabar terdekat, Pecco Bagnaia terlibat kemalangan pada Grand Prix (GP) Emilia Romagna, Itali.

Quartararo muncul pelumba pertama Perancis menjuarai kelas perdana dalam Kejuaraan Dunia dan gelaran pertama untuk Yamaha sejak Jorge Lorenzo pada 2013.

Bagnaia berusaha memastikan perebutan gelaran juara dunia terus ‘hidup’ apabila jauh meninggalkan Marc Marquez sebelum terlibat kemalangan di Selekoh 15 ketika perlumbaan berbaki lima pusingan.

Situasi itu menyaksikan gelaran dunia menjadi milik Quartararo dengan kelebihan 52 mata kerana kedudukannya tidak mampu dipintas dalam baki dua perlumbaan.

Perlumbaan di Misano itu dimenangi pelumba Honda, Marc Marquez yang mengenepikan rakan sepasukan, Pol Espargaro. Enea Bastianini dari Ducati ketiga.

“Saya masih tidak mempercayainya. Ia sangat menggembirakan apabila meraikan bersama keluarga saya, kami akan meraikannya malam ini dan sehingga hujung musim,” kata Quartararo. –visordown/utusan

Google ads
Back to top button