Buletin

BMW MALAYSIA BUKA PRA TEMPAHAN BMW I GENERASI BAHARU. HARGA BERMULA RM420,000

BMW Group Malaysia sentiasa komitmen dalam membariskan kenderaan elektrik tulen dalam pasaran tempatan.

Ia terbukti apabila pengeluar jentera berkenaan memperkenalkan BMW I generasi baharu yang memiliki rangkaian pemacu elektrik bersofistikasi tinggi, bahan-bahan inovatif  lestari, serta teknologi terkini.

Portfolio kenderaan elektrik baharu yang diperkenalkan ini mengetengahkan Strategi Mobiliti Lestari yang ingin dilaksanakan di dalam negara oleh pengeluar kenderaan premium ini.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata barisan kenderaan elektrik yang bakal didedahkan BMW i akan menjamin Sheer Electric Driving Pleasure kepada para pelanggan dan peminat kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Beliau menjelaskan, ia juga bakal mendorong Strategi Kelestarian yang baharu bagi BMW Group di Malaysia.

Terdahulu jentera BMW iX xDrive40, BMW iX xDrive40 Sport, BMW iX xDrive50 Sport telah didedahkan kepada khalyak.  

Selain itu, bayangan kemunculan jentera seperti BMW iX3 dan BMW i4 eDrive40 turut dipertontonkan.

Kini, penggemar EV boleh merasai sendiri kehebatan jentera elektrik BMW yang bakal menjengah pasaran negara.

BMW iX

Rekaan serba moden jentera terbaharu itu dipadankan dengan lampu hadapan LED, manakala BMW Laserlights melengkapi BMW iX xDrive40 Sport dan BMW iX xDrive50 Sport.

Kedua-dua varian Sport dilengkapi sistem bunyi keliling Harman Kardon dan Interior Applications Clear & Bold, yang terdiri daripada panel kawalan pada konsol tengah diperbuat daripada kayu.

Bagi BMW iX xDrive50 Sport pula, ia hadir dengan Stereng Aktif Integral (Integral Active Steering) dan suspensi udara dua gandar.

BMW iX dilengkapi teknologi perintis Shy Tech yang menggabungkan teknologi moden dan inovasi.

Jentera terbaharu itu dilengkapi BMW IconicSounds Electric yang dibangunkan menerusi kerjasama komposer terkemuka dunia dan pemenang Anugerah Akademi, Hans Zimmer.

Justeru, para pemilik kenderaan ini dapat merasai pengalaman pemanduan serba emotif dengan bunyiunik bagi model-model BMW dan BMW M.

BMW iX memiliki jarak operasi WLTP mencecah 630 kilometer (km).

Selain itu, ia hadir dengan ciri-ciri seperti Bantuan Memandu (Driving Assistant) dan Bantuan Parkir (Parking Assistant), Driving Assistant Professional dan Parking Assistant Plus.

BMW iX3

Jentera Sports Activity Vehicle (SAV) yang dipacu oleh kuasa elektrik ini menggandingkan dua ciri utama SAV premium saiz pertengahan yang paling laris di dunia,

BMW X3 mengetengahkan pemanduan dinamik dan kualiti bertaraf premium melalui teknologi BMW eDrive generasi kelima.

Ia sekali gus menjadikan BMW iX3 jentera yang paling dinanti-nantikan dalam segmennya.

BMW i4

BMW i4 merupakan ahli baharu dalam segmen sedan saiz pertengahan bertaraf premium.

Sedan sport yang futuristik itu menawarkan output kuasa elektrik mencecah 340 kk, pecutan 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.7 saat.

Ia memiliki jarak operasi elektrik WLTP mencecah 590 km setelah dicas sekali sahaja.

Pra tempahan dan pendaftaran dibuka bagi mereka yang berminat memiliki kenderaan BMW i generasi baharu.

BMW iX xDrive40 serta BMW iX xDrive40 Sport kini sedia untuk pratempah di platform BMW Shop Online melalui https://shop.bmw.com.my/ dengan bayaran RM 5,000.

Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran untuk memiliki BMW iX xDrive50, BMW iX3 dan BMW i4 eDrive40 melalui pautan yang disertakan ke laman web rasmi BMW.

Pemilik kenderaan elektrik dari portfolio BMW i juga dapat menikmati jaminan bateri sehingga 8 tahun atau 160,000km, mana yang lebih dahulu.

Selain itu, 50 pelanggan terawal yang menempah BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport dapat menikmati tawaran eksklusif meliputi pemasangan kemudahan pengecasan secara percuma serta Public Charging Access bertempoh satu tahun secara percuma.

Tawaran berkenaan terhad sehingga 22 September 2021, tertakluk kepada terma dan syarat.

Harga jualan adalah seperti berikut: : –

ModelHarga Runcit SarananHarga Runcit Saranan dengan Waranti Lanjutan & Pakej Servis
BMW iX xDrive40 yang Sulung*RM 419,630.00RM 435,800.00***
BMW iX xDrive40 yang Sulung* dengan Power Package**RM 424,230.00 RM 440,400.00***
BMW iX xDrive40 Sport yang SulungRM 472,630.00RM 488,800.00***
BMW iX xDrive40 Sport yang Sulung dengan Power Package**RM 477,230.00 RM 493,400.00***
Google ads
Back to top button